PERUMAHAN FLEKSIBEL
Rumah idaman anda dalam genggaman
*Tempoh minimum simpanan ialah satu (1) tahun dan ring fencing ini hanya boleh digunakan untuk membeli satu (1) rumah pada satu masa. Tempoh simpanan maksimum ialah sehingga umur 55 tahun, atau tertakluk kepada tarikh akhir pinjaman perumahan atau hari terakhir ring fencing (mana yang lebih awal).
Simpanan di dalam akaun ini tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran Perumahan, Pendidikan, Kesihatan atau Pengeluaran Umur 50.
*Simpanan di dalam Akaun 2 masih boleh digunakan untuk tujuan di atas. |
Wang yang diketepikan untuk akaun ini adalah hak anda dan tidak dipindahkan ke institusi kewangan. |
>Anda akan terus menerima dividen tahunan untuk simpanan ini tetapi akan di kredit ke dalam Akaun 2. | Anda boleh mengeluarkan simpanan dari akaun ini apabila mencapai usia 55 atau disebabkan Kematian, Hilang Upaya, Meninggalkan Negara atau Pengeluaran Pekerja Berpencen. |
*Rumah kediaman - jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia
Dokumen yang diperlukan mungkin berubah untuk permohonan kali pertama dan seterusnya. Oleh itu, ia penting untuk mengumpul semua dokumen yang diperlukan untuk memastikan proses berjalan lancar.
Anda ada pilihan untuk memberhentikan caruman ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel apabila ring fence anda melebihi tempoh satu (1) tahun, dan mendapat kebenaran institusi kewangan.
Sedia untuk batal? Hantar permohonan melalui institusi kewangan dan mereka akan menghantarnya ke KWSP.
Jenis Permohonan | Dokumen |
---|---|
Untuk membatalkan pengeluaran | Borang KWSP 9Q(2) |
Untuk pengeluaran |
Borang KWSP 9C (AHL)
Surat pengesahan baki pinjaman perumahan |
Untuk memohon semula Pengeluaran Perumahan Fleksibel untuk harta yang sama | Borang KWSP 9Q(1) |
(lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)
ORANG YANG DIBERI KUASAKarung Berkunci No. 220
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Paparan terbaik menggunakan Chrome versi 69 dan ke atas, Firefox 61 dan ke atas, Safari 11 dan ke atas, Opera 54 dan ke atas, atau Edge 16 dan ke atas.
© KWSP 2022. Hakcipta Terpelihara