Ahli KWSP di alu-alukan untuk menggunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari demi mendapatkan rumah PR1MA pertama anda. Mulakan langkah pertama dengan kaedah ring-fence supaya caruman seterusnya akan disimpankan untuk rumah baru anda.
Siapa Yang Boleh Memohon
Keperluan
Warganegara
Umur bawah 55 tahun
Pembeli rumah PR1MA
Mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF)
Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU Pernah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi sudah menjual/melepaskan hakmilik harta
Apa Yang Anda Perlu Tahu
Pengeluaran ini hanya untuk pembiayaan rumah PR1MA dan bayaran akan dikreditkan terus ke institusi kewangan.
Jika baki di dalam Akaun 2 kurang dari jumlah bayaran bulanan yang diminta, KWSP akan membayar jumlah penuh di dalam Akaun 2 (tertakluk kepada bayaran minimum RM50).
Kesemua pengeluaran sebelum persaraan di dalam Akaun 2 akan dihadang.
Jika rumah anda dijual melalui prosiding halang tebus (foreclosure), hadangan ke atas simpanan Akaun 2 akan diteruskan melainkan mendapat arahan bertulis dari institusi kewangan.
KWSP tidak bertanggungjawab untuk bayaran lambat atau tiada bayaran disebabkan tiada caruman atau akaun dibekukan.
Setelah mencapai usia 55 tahun dan anda layak untuk membuat Pengeluaran Persaraan, anda bertanggungjawab menyelesaikan pinjaman tertunggak dengan institusi kewangan bagi kediaman PR1MA anda.
Hadangan akan dilepaskan setelah ahli mencapai usia 55; membuat pengeluaran kesemua simpanan iaitu Pengeluaran Pekerja Berpencen, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Kematian dan Pengeluaran Meninggalkan Negara atau mendapat arahan bertulis dari institusi kewangan.
Apa Yang Boleh Digunakan
Jumlah pembayaran PR1MA ditentukan oleh ahli dan tertakluk kepada perjanjian dengan institusi kewangan.
Sebahagian atau semua dari simpanan Akaun 2 (minimum RM50)
Bagaimana Untuk Memohon
Langkah 1
Mendaftar akaun diwww.pr1ma.my DAN memohon untuk rumah PR1MA di projek perumahan pilihan sendiri
Langkah 2
Tunggu surat tawaran pembelian dan mohon pinjaman dari institusi kewangan
Langkah 3
Hantar permohonan untuk-
a) Hadangan Simpanan
b) Pengeluaran Perumahan PR1MA
c) Penstrukturan Semula
d) Pembatalan Hadangan
Langkah 4
Institusi kewangan akan mengesahkan dan menghantar permohonan anda ke KWSP
Langkah 5
Kami akan memberitahu anda apabila pengeluaran sudah diluluskan (melalui SMS/mesej keselamatan i-Akaun/Notis)