Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pendapatan persaraan ahli di samping memenuhi keperluan kitaran hidup semasa mereka. Di bawah inisiatif ini, akaun ahli KWSP akan distruktur semula daripada dua (2) akaun kepada tiga (3) akaun.

Rujuk Kenyataan Media kami untuk ketahui lebih lanjut mengenai inisiatif ini:

Introducing Your New Account Structure
& Its Distribution Rate 

Introducing Your New Account Structure
& Its Distribution Rate

All EPF members under the age of 55 will have their accounts restructured into three (3) accounts namely Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera and Akaun Fleksibel:
 
  1. Akaun Persaraan, originally Account 1, aims to accumulate and increase the members’ saving level for the long term in order to achieve comfortable life after retirement.
     
  2. Akaun Sejahtera, originally Account 2, aims to meet the pre-retirement life cycle needs for the medium term which contributes to retirement wellbeing. Savings in Akaun Sejahtera can be withdrawn for pre-retirement purposes (subject to EPF terms and conditions) such as: 

    i.   Housing
    ii.  Education
    iii. Health
    iv. Insurance/Takaful protection
    v.  Hajj
    vi. Age 50 Years Old

  3. Akaun Fleksibel is designed to meet members’ short-term financial needs. Savings in Akaun Fleksibel can be withdrawn by members any time, subject to terms and conditions. However, members are encouraged to withdraw only for emergency purposes and immediate needs only.

Memperkenalkan Struktur Akaun Baharu &
Kadar Agihannya

kadar agihan akaun 3
Semua akaun KWSP ahli di bawah umur 55 tahun akan distrukturkan semula kepada tiga (3) akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel:
 
  1. Akaun Persaraan adalah Akaun 1 yang dinamakan semula bertujuan untuk mengumpul dan meningkatkan simpanan persaraan ahli dalam jangka masa panjang bagi kehidupan yang selesa selepas persaraan.
  2. Akaun Sejahtera adalah Akaun 2 yang dinamakan semula bertujuan untuk memenuhi keperluan kitaran hidup pra-persaraan bagi jangka sederhana yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan. Simpanan di Akaun Sejahtera boleh dikeluarkan bagi tujuan pengeluaran pra-persaraan yang dibenarkan (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP) seperti berikut:

    i.   Perumahan
    ii.  Pendidikan
    iii. Kesihatan
    iv. Perlindungan Insurans/Takaful
    v.  Haji
    vi. Umur 50 Tahun

  3. Akaun Fleksibel bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli. Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran hanya digunakan untuk keadaan kecemasan dan keperluan mendesak sahaja.

Struktur Akaun Baharu Mulai 11 Mei 2024

struktur akaun baharu kwsp
  • Baki Simpanan Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal di dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel iaitu akaun baharu, akan bermula dengan RM0.
  • Simpanan di Akaun Fleksibel akan bertambah apabila caruman baharu dikreditkan atau melalui pilihan pindahan amaun permulaan.

Pilihan Pindahan Amaun Permulaan

Anda boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan mulai
12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024

• Pilihan ini hanya boleh dibuat SEKALI SAHAJA
• TIDAK BOLEH dibatalkan
cara pengiraan akaun fleksibel (akaun 3) kwsp

Apa Yang Perlu Diketahui Tentang Pindahan Amaun Permulaan

Account Restructuring - Initial Amount Transfer Accordion

Pengeluaran Akaun Fleksibel

Anda boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja akaun tersebut mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.

Syarat-syarat:

  • Belum mencapai umur 55 tahun​
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel​
  • Pengeluaran pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran minimum RM50

Saluran Permohonan Pengeluaran:

Kaedah Bayaran:

Bayaran bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran pengeluaran Akaun Fleksibel berjalan lancar:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).​
Peringatan: 
Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel.

Soalan Lazim

EPF New Account Structure - Basic Concept FAQ

1. Apakah yang dimaksudkan dengan penstrukturan semula akaun KWSP?

back chevron

Penstrukturan semula akaun KWSP adalah bertujuan untuk memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

Penstrukturan semula akaun KWSP melibatkan perubahan daripada dua (2) akaun kepada tiga (3) akaun seperti berikut:

i. Akaun sedia ada dinamakan semula daripada Akaun 1 kepada “Akaun Persaraan"; dan Akaun 2 pula dinamakan “Akaun Sejahtera" tanpa perubahan pada tujuan kedua-dua akaun tersebut;

ii. Memperkenalkan akaun ketiga iaitu “Akaun Fleksibel";

iii. Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh diakses atau dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila mengikut keperluan, tertakluk kepada terma dan syarat.

iv. Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%) dan Akaun Fleksibel (10%).

2. Mengapakah KWSP melaksanakan penstrukturan semula akaun KWSP?

back chevron

Penstrukturan semula akaun ini dibuat bertujuan untuk: 

  • Meningkatkan kecukupan simpanan untuk menjamin pendapatan persaraan yang bermakna untuk ahli;
  • Mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang selaras dengan keperluan kitaran hidup dan jangka hayat ahli;
  • Membangunkan Skim KWSP yang relevan dengan perubahan lanskap pekerjaan, perubahan demografi dan keperluan ahli di masa kini dan masa hadapan; dan
  • Memenuhi keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.

3. Apakah itu Akaun Persaraan?

back chevron

Akaun Persaraan adalah Akaun 1 yang dinamakan semula berdasarkan tujuan atau objektif akaun berkenaan. Akaun ini bertujuan untuk mengumpul dan meningkatkan simpanan persaraan ahli dalam jangka masa panjang bagi kehidupan yang selesa selepas persaraan.

Simpanan di Akaun Persaraan tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli berumur 55 tahun. Bagaimanapun, ahli yang layak boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan Akaun Persaraan dalam pelaburan yang diuruskan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

4. Apakah Akaun Sejahtera?

back chevron

Akaun Sejahtera adalah Akaun 2 yang dinamakan semula berdasarkan tujuan atau objektif akaun berkenaan. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kitaran hidup pra-persaraan bagi jangka sederhana yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.

Simpanan di Akaun Sejahtera boleh dikeluarkan bagi tujuan pengeluaran pra-persaraan yang dibenarkan (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP) seperti berikut:
i.    Perumahan
ii.   Pendidikan
iii.  Kesihatan
iv.  Perlindungan Insurans/Takaful
v.   Haji
vi.  Umur 50 Tahun

5. Apakah itu Akaun Fleksibel?

back chevron

Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli. 

Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.
 
6. Bilakah tarikh pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP?

back chevron

Pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP akan bermula pada 11 Mei 2024.

7. Adakah penstrukturan semula akaun KWSP yang baharu melibatkan semua ahli KWSP?

back chevron

Penstrukturan semula akaun KWSP terpakai kepada semua ahli KWSP termasuk bukan warganegara Malaysia yang belum mencapai umur 55 tahun pada 11 Mei 2024.

8. Apakah yang akan berlaku apabila ahli mencapai umur 55 tahun selepas penstrukturan semula akaun KWSP ini dilaksanakan?

back chevron

Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, kesemua baki simpanan dalam ketiga-tiga akaun akan dipindahkan ke Akaun 55. Manakala caruman baharu yang diterima mulai umur 55 tahun akan dikreditkan ke Akaun Emas untuk tujuan persaraan pada umur 60 tahun.

EPF NEW Account Structure - Account Restructuring

9. Apakah yang akan berlaku dengan simpanan sedia di dalam Akaun 1 dan Akaun 2 setelah penstrukturan semula akaun KWSP dilaksanakan?

back chevron

Baki simpanan di dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal di dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel iaitu akaun baharu akan bermula dengan sifar (0). 

New Contributions - FAQ

10. Bagaimanakah caruman baharu dikreditkan selepas tarikh pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP?

back chevron

Caruman baharu yang dikreditkan selepas tarikh pelaksanaan akan diagihkan mengikut nisbah seperti berikut:

Ilustrasi pembahagian caruman berdasarkan penstrukturan semula akaun KWSP yang baharu:

Option for Initial Amount Transfer - FAQ

11. Apakah yang dimaksudkan dengan pilihan pindahan amaun permulaan?

back chevron

Selepas tarikh pelaksanaan, ahli mempunyai pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan (rujuk soalan 12) dalam Akaun Sejahtera sebagai amaun permulaan ke Akaun Fleksibel.

12. Bagaimanakah amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel ditentukan?

back chevron

Penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan pilihan amaun permulaan seperti berikut:

Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera

Baki simpanan dalam Akaun Sejahtera diagihkan mengikut nisbah berikut:-

i.    Sepuluh per tiga puluh (10/30) ke Akaun Fleksibel;
ii.   Lima belas per tiga puluh (15/30) kekal dalam Akaun Sejahtera; dan
iii.  Lima per tiga puluh (5/30) ke Akaun Persaraan.
 
Contoh: 

Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan kurang daripada RM3,000 dalam Akaun Sejahtera

i. Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel. 
ii. Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki adalah kekal dalam Akaun Sejahtera. 
iii. Tiada pindahan akan dibuat ke Akaun Persaraan bagi simpanan dalam Akaun Sejahtera kurang dari RM3,000.

Contoh: 

•    Baki Akaun Sejahtera RM1,001- RM3,000:

•    Baki Akaun Sejahtera RM1,000 dan ke bawah:

13. Bagaimanakah ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel?

back chevron

Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:

i.  Aplikasi KWSP i-Akaun ;
ii. Portal web i-Akaun (Ahli) ; atau
ii. Self-Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP.

*Maklumat terperinci mengenai SST yang beroperasi selepas waktu pejabat untuk tujuan pendaftaran pilihan pindahan amaun permulaan, sila rujuk di sini.

14. Bilakah ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan?

back chevron

Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan bermula 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024. Pilihan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut dan tidak boleh dibatalkan.
 
15. Apakah yang akan berlaku sekiranya ahli tidak membuat pilihan pindahan amaun permulaan?

back chevron

Sekiranya ahli tidak memilih untuk membuat pindahan amaun permulaan, baki sedia ada dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera akan kekal.

Manakala, caruman baharu mulai 11 Mei 2024 akan dikreditkan ke Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. 

16. Bilakah pilihan pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel akan diluluskan?

back chevron

Pilihan pindahan amaun permulaan akan diluluskan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.

Contribution Transfer - FAQ

17. Adakah ahli boleh membuat pindahan simpanan daripada Akaun Fleksibel ke Akaun Sejahtera atau Akaun Persaraan?

back chevron

Ahli boleh membuat pindahan simpanan seperti berikut:
i.   Akaun Fleksibel ke Akaun Sejahtera; atau
ii.  Akaun Fleksibel ke Akaun Persaraan; atau
iii.  Akaun Sejahtera ke Akaun Persaraan

Pindahan simpanan adalah sehala di mana simpanan yang telah dipindahkan keluar tidak boleh dipindahkan semula ke akaun asal. Tiada sebarang had amaun ditetapkan untuk pindahan simpanan di antara akaun.

Rujuk ilustrasi di bawah:

18. Bolehkah ahli memohon untuk memindahkan simpanan?

back chevron

Buat masa ini, ahli boleh mengemukakan permohonan pindahan simpanan di mana-mana Pejabat KWSP  dengan melengkapkan Borang Pindahan Simpanan Ke Akaun Persaraan/ Akaun Sejahtera (KWSP 12).

Akaun Fleksibel Withdrawal - FAQ

19. Adakah kelayakan pengeluaran sedia ada ahli terjejas dengan penstrukturan semula akaun KWSP ini?

back chevron

Tidak, ahli masih layak untuk membuat pengeluaran sedia ada tertakluk kepada terma dan syarat semasa.

20. Apakah jenis-jenis pengeluaran yang dibenarkan selepas pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP?

back chevron

Kesemua jenis pengeluaran sedia ada masih terpakai tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang ditetapkan. Antara pengeluaran yang dibenarkan adalah:

Sebelum Umur 55 Tahun

  • Akaun Persaraan: Skim Pelaburan Ahli 
  • Akaun Sejahtera: Pengeluaran Perumahan, Pengeluaran Pendidikan, Pengeluaran Kesihatan, Pengeluaran Haji, Pengeluaran Umur 50 tahun dan Pelan Perlindungan Ahli (PPA)
  • Akaun Fleksibel: Pengeluaran Akaun Fleksibel (baharu)
  • Kesemua Akaun: Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Kematian, Pengeluaran Meninggalkan Negara dan Pengeluaran Pekerja Berpencen
  • Pengeluaran Melebihi RM1 Juta

Selepas Umur 55 Tahun

  • Akaun 55: Pengeluaran Umur 55 tahun
  • Akaun Emas: Pengeluaran Umur 60 tahun
  • Kesemua Akaun: Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Kematian dan Pengeluaran Meninggalkan Negara

21. Bilakah ahli boleh mula membuat pengeluaran Akaun Fleksibel?

back chevron

Ahli boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja Akaun Fleksibel mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.

22. Apakah syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel?

back chevron

Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:

a.   Belum mencapai umur 55 tahun;
b.   Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
c.   Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50.

23. Adakah ahli boleh membatalkan permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel?

back chevron

Permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel tidak boleh dibatalkan apabila permohonan telah diluluskan. Ahli disarankan untuk membuat keputusan yang tepat sebelum mengemukakan permohonan.

24. Bagaimanakah kaedah permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel?

back chevron

Ahli boleh memohon Pengeluaran Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:
i.  KWSP i-Akaun;
ii. Portal Web i-Akaun (Ahli); atau 
ii. Pejabat KWSP.

25. Adakah ahli perlu mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan?

back chevron

Ahli tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Walau bagaimanapun, ahli perlu memastikan akaun bank berstatus aktif bagi memastikan proses bayaran adalah teratur.

26. Adakah ahli perlu hadir di Pejabat KWSP bagi tujuan menurunkan/pengecaman cap ibu jari (CIJ) untuk permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel secara dalam talian?

back chevron

Secara amnya, ahli tidak perlu hadir di Pejabat KWSP bagi tujuan di atas kerana pengesahan identiti juga boleh dibuat secara dalam talian tertakluk kepada sejarah rekod ahli dan amaun pengeluaran tidak melebihi RM30,000.

Bagi ahli yang tiada rekod pengeluaran atau maklumat akaun bank adalah berbeza dengan rekod pengeluaran terdahulu, ahli perlu membuat pengesahan cap ibu jari di Self-Service Terminal (SST) KWSP bagi amaun permohonan pengeluaran melebihi RM10,000.

27. Apakah kaedah bayaran bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel?

back chevron

Bayaran bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran pengeluaran Akaun Fleksibel berjalan lancar:

•  Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
•  Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).

28. Adakah ahli yang telah memohon Pengeluaran Bersyarat Umur 50/55 Tahun di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel?

back chevron

Ya, ahli boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di No 22.

29. Bilakah bayaran Pengeluaran Akaun Fleksibel dikreditkan ke dalam akaun bank ahli?

back chevron

Bayaran akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

Lain-lain - FAQ

30. Adakah terdapat perbezaan kadar dividen di antara tiga akaun tersebut?

back chevron

Pada masa ini, penstrukturan semula akaun KWSP tidak mengubah polisi semasa penentuan kadar dividen. Kadar dividen yang sama akan terpakai ke atas ketiga-tiga akaun.

31. Adakah penstrukturan semula akaun KWSP memberi impak kepada status pilihan Simpanan Shariah ahli?

back chevron

Penstrukturan semula akaun KWSP tidak akan mengubah akaun ahli yang telah bertukar ke Simpanan Shariah.

32. Adakah ahli beragama Islam diwajibkan membayar zakat ke atas Akaun Fleksibel?

back chevron

Ya, Akaun Fleksibel telah memenuhi syarat wajib zakat iaitu pemilikan sempurna kerana tiada sekatan dikenakan ke atas ahli untuk membuat pengeluaran.

Ahli perlu membayar zakat harta perolehan (al-mal al-mustafad) pada kadar 2.5% sekiranya:

  1. Pindahan Amaun Permulaan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel yang dipilih oleh ahli mencapai Nisab tanpa perlu menunggu setahun (“Haul”) dan/atau
  2. Caruman baharu yang dikreditkan ke Akaun Fleksibel dalam tempoh setahun Haul mencapai Nisab (mengambil kira semua pendapatan lain dalam tempoh Haul yang sama).

Sekiranya Pindahan Amaun Permulaan (jika ada) atau caruman baharu yang dikreditkan ke Akaun Fleksibel dalam tempoh Haul yang sama tidak melebihi Nisab, kedua-duanya perlu dicampurkan bagi menentukan sama ada jumlahnya mencapai Nisab untuk dizakatkan (mengambil kira semua pendapatan lain dalam tempoh Haul), berdasarkan zakat harta perolehan (al-mal al–mustafad).

Walau bagaimanapun, Akaun Fleksibel (Pindahan Amaun Permulaan dan/atau caruman baharu) yang digunakan oleh ahli bagi menampung keperluan hidup asas diri dan tanggungannya seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan, kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi atau yang terjejas sumber pendapatannya, boleh dikecualikan daripada zakat.

Setiap tahun juga, baki Akaun Fleksibel pada hujung Haul adalah tertakluk kepada zakat simpanan pada kadar 2.5% sekiranya mencapai Nisab setelah diambil kira semua baki simpanan ahli yang lain yang tertakluk kepada zakat (sekiranya ada), berdasarkan zakat simpanan.

Lembaga KWSP tidak membayar zakat bagi pihak ahli. Tanggungjawab dan tindakan membayar zakat ke atas Akaun Fleksibel adalah terletak pada ahli beragama Islam itu sendiri sebagai pemegang akaun tersebut. Pembayaran zakat oleh ahli beragama Islam menggunakan wang yang dikeluarkan atau wang lain yang dimiliki ahli tersebut kepada pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing. 

Ahli beragama Islam dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak berkuasa zakat negeri masing-masing berhubung apa-apa perkara berkaitan zakat.

Soalan Lazim Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Konsep Asas

Penstrukturan Semula Akaun

EPF NEW Account Structure - Account Restructuring

9. Apakah yang akan berlaku dengan simpanan sedia di dalam Akaun 1 dan Akaun 2 setelah penstrukturan semula akaun KWSP dilaksanakan?

back chevron

Baki simpanan di dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal di dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel iaitu akaun baharu akan bermula dengan sifar (0). 

Caruman Baharu

New Contributions - FAQ

10. Bagaimanakah caruman baharu dikreditkan selepas tarikh pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP?

back chevron

Caruman baharu yang dikreditkan selepas tarikh pelaksanaan akan diagihkan mengikut nisbah seperti berikut:

Ilustrasi pembahagian caruman berdasarkan penstrukturan semula akaun KWSP yang baharu:

Pilihan Pindahan Amaun Permulaan

Option for Initial Amount Transfer - FAQ

11. Apakah yang dimaksudkan dengan pilihan pindahan amaun permulaan?

back chevron

Selepas tarikh pelaksanaan, ahli mempunyai pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan (rujuk soalan 12) dalam Akaun Sejahtera sebagai amaun permulaan ke Akaun Fleksibel.

12. Bagaimanakah amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel ditentukan?

back chevron

Penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan pilihan amaun permulaan seperti berikut:

Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera

Baki simpanan dalam Akaun Sejahtera diagihkan mengikut nisbah berikut:-

i.    Sepuluh per tiga puluh (10/30) ke Akaun Fleksibel;
ii.   Lima belas per tiga puluh (15/30) kekal dalam Akaun Sejahtera; dan
iii.  Lima per tiga puluh (5/30) ke Akaun Persaraan.
 
Contoh: 

Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan kurang daripada RM3,000 dalam Akaun Sejahtera

i. Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel. 
ii. Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki adalah kekal dalam Akaun Sejahtera. 
iii. Tiada pindahan akan dibuat ke Akaun Persaraan bagi simpanan dalam Akaun Sejahtera kurang dari RM3,000.

Contoh: 

•    Baki Akaun Sejahtera RM1,001- RM3,000:

•    Baki Akaun Sejahtera RM1,000 dan ke bawah:

13. Bagaimanakah ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel?

back chevron

Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:

i.  Aplikasi KWSP i-Akaun ;
ii. Portal web i-Akaun (Ahli) ; atau
ii. Self-Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP.

*Maklumat terperinci mengenai SST yang beroperasi selepas waktu pejabat untuk tujuan pendaftaran pilihan pindahan amaun permulaan, sila rujuk di sini.

14. Bilakah ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan?

back chevron

Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan bermula 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024. Pilihan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut dan tidak boleh dibatalkan.
 
15. Apakah yang akan berlaku sekiranya ahli tidak membuat pilihan pindahan amaun permulaan?

back chevron

Sekiranya ahli tidak memilih untuk membuat pindahan amaun permulaan, baki sedia ada dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera akan kekal.

Manakala, caruman baharu mulai 11 Mei 2024 akan dikreditkan ke Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. 

16. Bilakah pilihan pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel akan diluluskan?

back chevron

Pilihan pindahan amaun permulaan akan diluluskan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.

Pindahan Simpanan

Contribution Transfer - FAQ

17. Adakah ahli boleh membuat pindahan simpanan daripada Akaun Fleksibel ke Akaun Sejahtera atau Akaun Persaraan?

back chevron

Ahli boleh membuat pindahan simpanan seperti berikut:
i.   Akaun Fleksibel ke Akaun Sejahtera; atau
ii.  Akaun Fleksibel ke Akaun Persaraan; atau
iii.  Akaun Sejahtera ke Akaun Persaraan

Pindahan simpanan adalah sehala di mana simpanan yang telah dipindahkan keluar tidak boleh dipindahkan semula ke akaun asal. Tiada sebarang had amaun ditetapkan untuk pindahan simpanan di antara akaun.

Rujuk ilustrasi di bawah:

18. Bolehkah ahli memohon untuk memindahkan simpanan?

back chevron

Buat masa ini, ahli boleh mengemukakan permohonan pindahan simpanan di mana-mana Pejabat KWSP  dengan melengkapkan Borang Pindahan Simpanan Ke Akaun Persaraan/ Akaun Sejahtera (KWSP 12).

Pengeluaran Akaun Fleksibel

Akaun Fleksibel Withdrawal - FAQ

19. Adakah kelayakan pengeluaran sedia ada ahli terjejas dengan penstrukturan semula akaun KWSP ini?

back chevron

Tidak, ahli masih layak untuk membuat pengeluaran sedia ada tertakluk kepada terma dan syarat semasa.

20. Apakah jenis-jenis pengeluaran yang dibenarkan selepas pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP?

back chevron

Kesemua jenis pengeluaran sedia ada masih terpakai tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang ditetapkan. Antara pengeluaran yang dibenarkan adalah:

Sebelum Umur 55 Tahun

  • Akaun Persaraan: Skim Pelaburan Ahli 
  • Akaun Sejahtera: Pengeluaran Perumahan, Pengeluaran Pendidikan, Pengeluaran Kesihatan, Pengeluaran Haji, Pengeluaran Umur 50 tahun dan Pelan Perlindungan Ahli (PPA)
  • Akaun Fleksibel: Pengeluaran Akaun Fleksibel (baharu)
  • Kesemua Akaun: Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Kematian, Pengeluaran Meninggalkan Negara dan Pengeluaran Pekerja Berpencen
  • Pengeluaran Melebihi RM1 Juta

Selepas Umur 55 Tahun

  • Akaun 55: Pengeluaran Umur 55 tahun
  • Akaun Emas: Pengeluaran Umur 60 tahun
  • Kesemua Akaun: Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Kematian dan Pengeluaran Meninggalkan Negara

21. Bilakah ahli boleh mula membuat pengeluaran Akaun Fleksibel?

back chevron

Ahli boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja Akaun Fleksibel mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.

22. Apakah syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel?

back chevron

Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:

a.   Belum mencapai umur 55 tahun;
b.   Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
c.   Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50.

23. Adakah ahli boleh membatalkan permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel?

back chevron

Permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel tidak boleh dibatalkan apabila permohonan telah diluluskan. Ahli disarankan untuk membuat keputusan yang tepat sebelum mengemukakan permohonan.

24. Bagaimanakah kaedah permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel?

back chevron

Ahli boleh memohon Pengeluaran Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:
i.  KWSP i-Akaun;
ii. Portal Web i-Akaun (Ahli); atau 
ii. Pejabat KWSP.

25. Adakah ahli perlu mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan?

back chevron

Ahli tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Walau bagaimanapun, ahli perlu memastikan akaun bank berstatus aktif bagi memastikan proses bayaran adalah teratur.

26. Adakah ahli perlu hadir di Pejabat KWSP bagi tujuan menurunkan/pengecaman cap ibu jari (CIJ) untuk permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel secara dalam talian?

back chevron

Secara amnya, ahli tidak perlu hadir di Pejabat KWSP bagi tujuan di atas kerana pengesahan identiti juga boleh dibuat secara dalam talian tertakluk kepada sejarah rekod ahli dan amaun pengeluaran tidak melebihi RM30,000.

Bagi ahli yang tiada rekod pengeluaran atau maklumat akaun bank adalah berbeza dengan rekod pengeluaran terdahulu, ahli perlu membuat pengesahan cap ibu jari di Self-Service Terminal (SST) KWSP bagi amaun permohonan pengeluaran melebihi RM10,000.

27. Apakah kaedah bayaran bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel?

back chevron

Bayaran bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran pengeluaran Akaun Fleksibel berjalan lancar:

•  Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
•  Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).

Peringatan:
Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel.

28. Adakah ahli yang telah memohon Pengeluaran Bersyarat Umur 50/55 Tahun di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel?

back chevron

Ya, ahli boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di No 22.

29. Bilakah bayaran Pengeluaran Akaun Fleksibel dikreditkan ke dalam akaun bank ahli?

back chevron

Bayaran akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

Lain-lain