Who Can Apply

Penerbit Aset

Death Benefit
Subject to EPF terms and conditions.
Tax Exemption
Subject to IRB terms and conditions.
Annual Dividend
Enjoy annual dividends on top of your retirement savings.
Special Incentive
Up to 15% of total contribution or max RM300 this year.

Panduan Navigasi

Soalan Lazim

Laman Web KWSP

Frequently Asked Question

Web Portal FAQ

Apakah kelebihan laman web KWSP baharu?

back chevron

Kelebihan laman web KWSP adalah seperti berikut:

  1. Navigasi yang lebih lancar
  2. Akses i-Akaun mengikut segmen pengguna
  3. Reka bentuk moden dan minimalis
  4. Koleksi pelbagai bahan bacaan santai dan informatif
  5. Boleh diakses melalui pelbagai peranti

Bagaimana saya boleh memastikan laman web yang dicapai ini tulen dan selamat?

back chevron

Anda perlu pastikan sambungan URL ke laman web mempunyai “https://”.

URL bagi mencapai laman web KWSP baharu masih sama: https://www.kwsp.gov.my/


Bagaimana cara untuk mengakses i-Akaun melalui laman web KWSP baharu?

back chevron

 

Ahli, majikan dan rakan niaga korporat boleh mengakses i-Akaun masing-masing seperti langkah berikut:

Langkah 1: Klik dan pilih segmen anda (ahli, majikan atau korporat)

Langkah 2: Klik butang log masuk (ahli, majikan atau rakan niaga)

 


Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya saya menghadapi masalah untuk mengakses laman web KWSP baharu?

back chevron

Jika anda menghadapi masalah untuk mengakses laman web KWSP, ambil tindakan seperti berikut:

  1. Memastikan rangkaian internet yang stabil
  2. Melaksanakan page refresh pada pelayar web (web browser)
  3. Menggunakan pelayar web yang lain contohnya: Google Chrome, Internet Explorer, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari dan sebagainya
  4. Mengosongkan cache dan cookies pelayar web
  5. Memastikan sistem operasi atau pelayar web bagi peranti anda adalah yang terkini
 

Portal i-Akaun (Ahli)

Frequently Asked Question

i-Akaun (Member) FAQ

Apakah manfaat portal i-Akaun (Ahli)?

back chevron

Manfaat portal i-Akaun (Ahli) adalah seperti berikut:

  1. Menyemak simpanan KWSP dan memantau rekod caruman

  2. Menambah simpanan melalui Caruman Sukarela

  3. Menyemak kelayakan dan membuat permohonan pengeluaran yang berkaitan

  4. Mendaftar dan menyemak penamaan

  5. Mendapatkan pelan insurans atau takaful 

  6. Mengemas kini maklumat peribadi

  7. Mengakses artikel mengenai kesedaran / literasi kewangan


Apakah fungsi-fungsi yang terdapat di dalam portal i-Akaun (Ahli)?

back chevron

Portal i-Akaun (Ahli) menyediakan fungsi rangkaian lengkap untuk meningkatkan pengalaman seperti berikut:

 

1.  Pendaftaran

  • Pendaftaran dan pengemaskinian penamaan 
  • Pendaftaran Simpanan Shariah 
  • Pendaftaran i-Sayang 
  • Pendaftaran i-Saraan bagi ahli dalam sektor informal 

 

2. Simpanan

  • Menambah simpanan melalui Caruman Sukarela 
  • Paparan rekod caruman 
  • Muat turun penyata 

 

3. Pengeluaran 

  • Pengeluaran Kesihatan 
  • Pengeluaran Pendidikan 
  • Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta 
  • Pengeluaran Umur 50 Tahun 
  • Pengeluaran Umur 55 Tahun 
  • Pengeluaran Umur 60 Tahun 
  • Pembelian Pelan Perlindungan Ahli melalui platform i-Lindung 
  • Pembatalan permohonan pengeluaran 

 

4.  Lain-lain

  • Lokasi Mobile Team KWSP 
  • Lokasi Pejabat KWSP 
  • Kemas kini maklumat profil ahli

Bolehkah saya mengakses platform i-Invest melalui portal i-Akaun (Ahli)?

back chevron

Tidak. Buat masa ini, platform i-Invest hanya dapat diakses melalui:

  1. Aplikasi i-Akaun (Ahli) versi klasik.
  2. Portal i-Akaun (Ahli) versi klasik di laman web KWSP.

Anda boleh rujuk imej di bawah untuk bertukar ke versi klasik:


 


Bolehkah saya mengakses portal i-Akaun (Ahli) versi klasik?

back chevron

Ya. Walau bagaimanapun, portal i-Akaun (Ahli) versi klasik hanya boleh digunakan dalam tempoh tertentu sahaja sebelum ditamatkan penggunaannya.


Adakah saya perlu membuat ID pengguna dan kata laluan baharu untuk menggunakan portal i-Akaun (Ahli)?

back chevron

Tidak perlu. Anda boleh menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang sama untuk mengakses portal i-Akaun (Ahli) dan aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun.


Apakah saluran yang boleh digunakan jika saya menghadapi masalah untuk mengakses portal i-Akaun (Ahli)?

back chevron

Anda boleh mengunjungi atau mengakses saluran berikut:

  1. Laman web KWSP
  2. Chatbot ELYA
  3. Pejabat KWSP
  4. Mobile Team