BNPL: Impian Penggemar Beli-Belah

BNPL: Impian Penggemar Beli-Belah
Article Image

Impian terbesar bagi mereka yang suka membeli belah adalah ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ atau lebih dikenali dengan singkatan BNPL. 

Bayangkan anda dapat menikmati semua barang yang diinginkan tanpa membuat pembayaran penuh terlebih dahulu. Namun, seperti mana-mana impian, BNPL ini lebih daripada apa yang disangkakan. 

Kenali Shasha, seorang yang suka membeli belah, dan ikuti perjalanannya dalam memahami BNPL.

Mula tertarik (hari pertama)

back chevron

Pada satu malam, Shasha melihat satu iklan BNPL semasa melayari kedai dalam talian. Sebagai ‘kaki shopping’ atau penggemar beli-belah, dia sangat tertarik dengan iklan tersebut kerana BNPL menawarkan kemudahan membeli barang tanpa membuat pembayaran serta merta. Dengan hanya beberapa klik, Shasha dapat membeli baju yang sudah lama diiginkannya.


Kepuasan membeli (minggu pertama)

back chevron

Shasha berasa teruja apabila baju yang dibelinya tiba, sehinggakan dia seakan lupa tentang pembayaran ansuran yang perlu dibuat. BNPL memudahkan Shasha memenuhi keinginan membeli-belah tanpa memikirkan kesan jangka panjang.


Semakin tertarik (bulan pertama)

back chevron

Setelah beberapa minggu, BNPL sentiasa menjadi pilihan Shasha untuk membeli belah. Kemudahan untuk membayar barang secara ansuran dengan harga yang rendah mendorongnya untuk berbelanja lebih banyak. Bagi Shasha, BNPL merupakan pilihan yang tepat untuk membeli segala keperluan dan kehendak dari pakaian fesyen terkini hingga produk kecantikan, peranti elektronik, dan barang perhiasan rumah.


Realiti sebenar (bulan ketiga)

back chevron

Pada bulan ketiga, Shasha mula menyedari realiti sebenar. Dia kelihatan sukar untuk membayar semua barang yang dibeli dengan menggunakan BNPL. Kos tersembunyi seperti caj faedah dan yuran pembayaran lewat mula meningkat. Tambahan pula, Shasha juga mempunyai komitmen perbelanjaan lain yang menyebabkan dia berada dalam kesempitan kewangan. BNPL yang sepatutnya memudahkan urusan Shasha mula memberikan tekanan kepadanya.


Masalah tekanan kewangan (bulan keenam)

back chevron

Selepas enam bulan menggunakan BNPL, Shasha mula dibebani hutang yang semakin bertambah. Dia hanya mampu melihat rakan-rakannya keluar bersama, sementara dia terpaksa berjimat dan meminimumkan perbelanjaan hariannya.


Ambil pengajaran (tahun pertama)

back chevron

Selepas setahun, Shasha faham akan kepentingan perancangan kewangan. Shasha belajar untuk lebih bertanggungjawab bagi setiap pembelian yang dibuat menggunakan BNPL. Dia berjanji untuk mengutamakan simpanan daripada membuat pembelian yang tidak dirancang bagi memastikan kesejahteraan kewangannya terjaga. 


Gunakan BNPL dengan sebaiknya

BNPL merupakan alternatif untuk membeli barang dengan menggunakan kaedah pembayaran ansuran atau pinjaman jangka pendek. BNPL boleh menjadi alat kewangan yang sangat berguna, ataupun sebaliknya, bergantung kepada penggunaan masing-masing. Secara peribadi, BNPL telah membantu saya meningkatkan disiplin dalam pengurusan kewangan. Ia bukan sahaja menyenangkan, malah membantu saya membuat perbelanjaan dan perancangan kewangan dengan bijaksana.

Memahami manfaat dan risiko BNPL membolehkan anda untuk menikmati kemudahan ini dengan baik serta dapat membuat keputusan kewangan dengan lebih bijak. Pilihan di tangan anda — gunakan BNPL dengan secara berhemat atau elakkan penggunaanya sama sekali.