Tak dinafikan bahawa hari persaraan merupakan saat yang paling dinantikan bagi setiap individu yang bekerja – masa di mana anda boleh menenangkan diri, melancong, dan menikmati hasil penat lelah bekerja selama bertahun-tahun. Walau bagaimanapun, untuk mengecapi hidup yang tenang dan selesa, anda perlu merancang dengan baik dan teliti bermula dari awal . Tiada istilah terlalu awal atau sudah terlambat untuk mula merancang masa hadapan anda.
Ingatlah, setiap detik anda menangguh untuk merancang persaraan anda, maka anda menanggung ‘kerugian’ yang besar. Langkah pertama dalam perancangan persaraan adalah dengan menetapkan objektif dan hala tuju yang jelas. Ini termasuk cara anda memilih gaya hidup selepas persaraan, anggaran perbelanjaan, dan mengira semula semua hutang yang anda perlu langsaikan seperti yuran pengajian anak-anak atau hutang kad kredit.