Setiap kali tibanya 31 Ogos, kita merayakan Hari Kemerdekaan Malaysia dengan penuh rasa syukur di atas kebebasan yang kita nikmati sebagai sebuah negara. Namun, selain kebebasan negara, ada satu lagi bentuk kemerdekaan yang tidak kurang pentingnya — merdeka daripada bebanan hutang.
Tidak kira latar belakang atau keadaan kewangan kita, impian untuk hidup bebas daripada hutang adalah sesuatu yang kita semua ingin capai. Jadi, bagaimana kita boleh merealisasikan impian ini?
Mari kita terokai beberapa kaedah pelunasan hutang yang dapat membantu kita mencapai kemerdekaan kewangan yang diimpikan.
Kaedah runtuhan salji - fokus pada hutang dengan kadar faedah tinggi
Bayar hutang dengan kadar faedah tertinggi terlebih dahulu. Dengan memberi fokus kepada hutang-hutang ini, anda boleh menjimatkan lebih banyak wang daripada pembayaran faedah yang tinggi, sekaligus mempercepatkan proses pelunasan keseluruhan hutang. Selain itu, pembayaran yang konsisten untuk hutang ini akan mempengaruhi laporan CCRIS dan CTOS anda secara positif, yang boleh meningkatkan skor kredit anda.
Kaedah bebola salji - mulakan dengan hutang kecil untuk motivasi awal
Bayar hutang yang paling kecil terlebih dahulu untuk meraih kepuasan awal dan motivasi untuk menguruskan hutang yang lebih besar.
Kaedah kepingan salji - gunakan lebihan wang untuk pembayaran tambahan
Gunakan lebihan duit daripada aktiviti harian untuk membuat pembayaran tambahan. Walaupun jumlahnya kecil, ia dapat membantu mempercepatkan pelunasan hutang tertunggak dan memberi kesan positif kepada rekod kredit anda.
Kaedah penyatuan hutang - menggabungkan hutang dalam satu pembayaran
Gabungkan semua hutang dalam satu pinjaman baru dengan kadar faedah lebih rendah. Dengan menyatukan semua hutang anda dalam satu pembayaran bulanan, anda bukan sahaja memudahkan pengurusan kewangan dan mengurangkan tekanan, tetapi juga memberi anda lebih banyak ruang untuk merancang masa depan yang bebas dari hutang.