Cara Sambut Perayaan Dengan Cara Mesra Alam

Sambut Tahun Baharu Cina Dengan Cara Mesra Alam!
Article Image

Musim perayaan sering kali membuatkan kita teringin membeli pakaian baru dan menghias rumah. Tetapi, bagaimana jika anda boleh mencipta suasana baru dengan memanfaatkan apa yang sudah ada? Selagi barang-barang itu masih elok, tidak perlulah dibuang – gunakannya semula!

Di Tahun Baharu Cina ini, kenapa tidak sambut perayaan tanpa pembaziran tetapi tetap bergaya? Sambil menyambut musim perayaan ini, mari kita buat pilihan bijak yang memberi manfaat bukan sahaja kepada diri kita, tetapi juga kepada alam sekitar.

Dengan beberapa tip mesra alam ini, sambutan perayaan tanpa pembaziran menjadi lebih mudah daripada yang anda sangka.

Bagaimanakah cara untuk sambut Tahun Baharu Cina tanpa pembaziran?

Klip #GunaBaikBaik ini mengingatkan kita untuk sentiasa bersederhana: habiskan apa yang ada, gayakan semula pakaian anda, dan kitar semula barangan seboleh mungkin. Tonton sekarang untuk inspirasi segar menyambut musim perayaan dengan lebih lestari! 

back chevron

Bersama-sama, mari kita raikan musim perayaan ini dengan kemeriahan, mencipta kenangan indah, dan mengurangkan pembaziran. Semoga Tahun Baharu Cina anda lebih ‘huat’ dan lestari! 

#KWSP #SimpanBaikBaik