Istilah “gig” pada awalnya merujuk kepada persembahan langsung oleh kumpulan muzik yang baru dengan skala yang lebih kecil. Walau bagaimanapun, seiring dengan era digital ini, istilah gig kini dikenali sebagai pekerjaan sementara, sambilan atau buruh upahan yang menjadi pendorong kepada individu untuk meneroka cabaran baru.
Adakah anda sering menghabiskan hari anda dengan menghantar makanan dari rumah ke rumah? Atau mengimpikan kehidupan sebagai seorang ‘influencer’ media sosial yang menghasilkan kandungan-kandungan menarik? Mungkin anda juga mahir dalam menghasilkan video produksi kreatif dan bercita-cita untuk menjadi pengarah projek anda sendiri?
Itulah yang kita gelar sebagai ‘Pekerjaan gig’.
Pada masa yang sama, kami telah melihat peningkatan ekonomi gig di Malaysia, dengan populasi bilangan pekerja gig sepenuh masa yang semakin meningkat, trend yang menunjukkan pertumbuhan yang berterusan dan stabil.
Menjadi bos kepada diri sendiri bukan sahaja memberikan kebebasan dalam menetapkan jadual kerja dan cara menjalankan tugas, malah membuka peluang untuk anda membuat sesuatu pekerjaan yang anda benar-benar minat. Walau bagaimanapun, anda juga perlu memikirkan beberapa perkara penting untuk jangka masa panjang terutamanya perancangan persaraan.