Adakah Anda Memenuhi Tanggungjawab Sebagai Majikan?

Adakah Anda Memenuhi Tanggungjawab Sebagai Majikan?
Article Image

“Jaga pekerja anda dengan baik supaya mereka tidak menggunakan internet anda untuk cari pekerjaan baharu.” - Mark Zukerberg.

Jika anda menjaga pekerja anda, sudah pasti mereka tidak akan mencari pekerjaan lain di luar sana. Itulah yang cuba disampaikan oleh pengasas Facebook, Mark Zukerberg.

Sebagai  majikan, amatlah penting untuk anda wujudkan persekitaran kerja yang boleh membuatkan pekerja anda rasa dihargai. Mereka pasti akan berasa lebih bersemangat dan positif untuk melaksanakan tugas mereka.

Sebagai majikan, anda perlu memahami undang-undang dan tanggungjawab terhadap mereka yang sudah bekerja atau mana-mana pekerja baharu yang akan diambil pada masa hadapan. Ini untuk  memastikan pekerja anda mendapat bayaran gaji yang adil, faedah yang sesuai, dan persekitaran pekerjaan yang baik. Dengan memenuhi tanggungjawab ini, anda secara tidak langsung telah mewujudkan satu asas yang kuat untuk mendapatkan kepercayaan daripada pekerja anda.

Tahukah anda bahawa Akta Pekerja 1955 telah dipinda? Tujuannya untuk memastikan pekerja mendapat gaji yang adil, peruntukan cuti tahunan dan cuti sakit, serta perlindungan daripada dipecat tanpa keadilan demi memastikan kestabilan hubungan antara majikan dan pekerja dalam sesebuah organisasi.

Baca juga: Keseimbangan Dalam Pekerjaan Dan Kehidupan

Apakah tanggungjawab majikan?

back chevron

Sama ada anda merupakan seorang usahawan yang berpengalaman ataupun baru menceburi bidang perniagaan, terdapat beberapa perkara yang  penting untuk  dipertimbangkan sebagai seorang majikan. Antaranya adalah seperti: 

 

1. Pengurusan rekod pekerja yang betul  

Pengurusan rekod yang betul dan tepat memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan persekitaran kerja yang harmoni. Anda perlu menyimpan rekod pekerja seperti butiran peribadi, kehadiran, maklumat perubatan, dan bayaran gaji. Secara tidak langsung, proses memantau dan menilai pekerja anda menjadi jelas dan memudahkan anda sebagai majikan untuk mengenal pasti kekurangan dan kelemahan yang boleh ditambah baik untuk meningkatkan produktiviti tenaga kerja. 

Uruslah rekod pekerja anda dengan baik untuk mengelakkan daripada tindakan undang-undang, yang sekaligus akan menjejaskan operasi harian dan nama baik syarikat anda. Jadi, sekiranya ingin mengembangkan perniagaan anda, jangan sesekali ambil mudah hal pengurusan rekod pekerja anda.

 

2. Pembayaran gaji bulanan pekerja tepat pada masanya

Cuba letakkan diri anda di tempat mereka, anda tentu memerlukan duit untuk menyelesaikan beban tanggungan seperti sewa rumah, barang dapur, bil dan utiliti, dan sebagainya. Jadi, penting sebagai majikan untuk mengetahui masalah-masalah ini dan cuba penuhi tanggungjawab anda dengan membayar gaji pekerja  tepat pada masanya. Di Malaysia, majikan perlu membayar pekerja mereka sekurang-kurangnya sebulan, dalam tempoh sebelum 7 hari selapas tarikh gaji patut diterima. 

Menyediakan sistem pembayaran gaji yang efisien adalah penting untuk menguruskan rekod penggajian yang teliti, seterusnya dapat mengelakkan perselisihan antara majikan dan pekerja. Ini bukan sahaja dapat memastikan tanggungjawab anda sebagai majikan terlaksana, malah keselamatan kewangan pekerja anda terjaga. 

KWSP menawarkan sistem e-Payroll yang efisien secara percuma kepada semua majikan.  

 

Apa itu e-Payroll KWSP?

e-Payroll merupakan satu kemudahan di portal i-Akaun (Majikan) yang mempermudahkan urusan-urusan rekod gaji dan pembayaran cukai, dan potongan wajib lain secara digital. Sistem ini membolehkan pengurusan gaji yang cepat , tepat dan efisien, menggantikan kaedah mengira gaji secara manual yang ada potensi untuk berlaku kesilapan. Selain itu, e-Payroll juga membantu majikan untuk membuat caruman kepada pekerja mereka secara digital.

Dengan sistem e-Payroll, menguruskan penggajian pekerja kini menjadi mudah. Kami menawarkan empat fungsi utama ini: 

Ketahui Lebih Lanjut Berkenaan e-Payroll

 

3. Pembayaran cukai dan caruman  

Walaupun nampak membebankan, pemotongan mandatori pada gaji pekerja merupakan salah satu aspek yang penting demi menjaga kebajikan pekerja anda. Pemotongan ini bukanlah semata-mata untuk mematuhi undang-undang tetapi tanggungjawab anda sebagai majikan untuk menjaga kebajikan pekerja. Ia membuktikan bahawa anda peduli terhadap pekerja anda. 

Antara bentuk potongan yang perlu dibuat adalah potongan cukai pendapatan bulanan (jika berkenaan), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Sistem Insurans Pekerja (EIS), dan bayaran caruman KWSP. Integrasi antara e-Caruman dan e-Payroll telah memudahkan proses untuk membuat caruman KWSP secara lancar dan mesra pengguna. Kini anda boleh menguruskan pemotongan secara efisien melalui sistem e-Payroll tanpa perlu menggunakan kaedah manual atau bertukar ke platform yang lain. 

Apa yang lebih menarik adalah e-Payroll membuat pengiraan cukai pendapatan secara automatik berdasarkan gaji pekerja dan tarif cukai, memastikan ketepatan dan pematuhan peraturan cukai.

 

4. Pemberian faedah dan insentif 

Pemberian insentif merupakan salah satu cara yang berkesan untuk anda meningkatkan  motivasi pekerja. Manfaat ini termasuk insurans perubatan, perancangan persaraan, dan penjadualan kerja yang fleksibel. Insentif istimewa juga boleh merangkumi bonus dan kenaikan pangkat di samping memberikan peluang pembangunan kerjaya melalui program latihan. Apabila pekerja rasa dihargai dan diberi sokongan, mereka akan menjadi lebih produktif dan komited terhadap pekerjaan mereka. 

Apa kata anda tambahkan inisiatif pemberian ganjaran kepada pekerja anda dengan mencarum melebihi kadar berkanun melalui Voluntary Excess (Syer Majikan).  


Apa itu Voluntary Excess dan bagaimana anda boleh mencarum?

back chevron

Setiap pekerja, termasuk majikan bertanggungjawab untuk membuat caruman KWSP setiap bulan. Pekerja perlu membuat caruman sebanyak 11% manakala majikan pula perlu membuat caruman sebanyak 12% atau 13% daripada jumlah gaji bulanan pekerja.  

Selain daripada caruman tetap, pekerja dan majikan  mempunyai pilihan untuk membuat caruman sukarela iaitu Caruman Melebihi Kadar (VE). 

Dengan membuat Caruman Melebihi Kadar yang telah ditetapkan, anda bukan sahaja  memberi ganjaran untuk hasil penat lelah para pekerja menyumbangkan khidmat di dalam syarikat anda, tetapi juga telah membuat satu pelaburan yang berharga untuk masa depan mereka. Ini menunjukkan bahawa anda menghargai segala jasa mereka yang telah mereka lakukan. 

Tambah Simpanan Anda Melalui Voluntary Excess

Jalankan tanggungjawab anda sebagai majikan

 

Dalam landskap dunia bisnes yang semakin pesat ini, memberi keutamaan terhadap kebahagiaan dan kepuasan di tempat kerja bukanlah satu pandangan sentimental sahaja, tetapi  satu strategi perniagaan yang bijak. Lagipun, pekerja ialah aset yang paling berharga bagi sesebuah syarikat.  

Sebagai majikan, tanggungjawab anda adalah membina dan memupuk persekitaran kerja yang selesa, meningkatkan semangat pekerja, dan memastikan kesetiaan pekerja. Secara tidak langsung, syarikat anda pasti dapat berkembang maju dan berjaya  mencapai matlamatnya. 

Jadilah majikan yang bertanggungjawab supaya tempat kerja menjadi lebih berdaya saing.

Saya Ingin Tahu Tanggungjawab Saya