Punca Kebakaran Bangunan KWSP Di Jalan Gasing Masih Dalam Siasatan
KWASA DAMANSARA, 22 Mei 2023: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa kebakaran di bangunannya di Jalan Gasing, Petaling Jaya, pagi tadi telah berjaya dipadamkan sepenuhnya tanpa sebarang laporan kecederaan atau kemalangan jiwa, dan seterusnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat atas tindakan pantas dalam mengawal kebakaran sebelum ia menyebabkan kerosakan selanjutnya.
Bangunan tersebut, yang tidak berpenghuni sejak kebakaran pertama yang berlaku pada Februari 2018, akan dibangunkan semula sebagai kemudahan kediaman warga emas oleh Pacific Senior Living (Pacific). KWSP telah memeterai perjanjian pajakan selama 30 tahun pada 6 April 2022 dengan Pacific yang telah memulakan kerja-kerja perobohan di bahagian dalam bangunan mengikut rancangan pengubahsuaiannya.
KWSP, bersama Pacific, sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan jabatan bomba untuk menentukan punca kebakaran dan menilai tahap kerosakan.
Dikeluarkan oleh Media Desk KWSP
Jabatan Hal Ehwal Korporat
Tarikh: 22 Mei 202
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP® terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP® telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP® terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.