KWSP Memperuntukkan RM250 Juta Bagi Memangkin Pertumbuhan Syarikat Peringkat Pertengahan
KWASA DAMANSARA, 18 Mac 2024: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa sebanyak RM250 juta telah diperuntukkan bagi memangkin pertumbuhan syarikat peringkat pertengahan (mid-to-growth companies) di Malaysia melalui usahasama dengan Gobi Partners, sebuah firma modal teroka pan-Asia yang mempunyai rekod prestasi pelaburan yang luas. Usahasama ini adalah sebahagian daripada komitmen KWSP untuk meningkatkan pelaburan dalam pasaran domestik, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelabur terbesar dalam pasaran domestik dengan aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak RM702.48 bilion setakat Disember 2023.
Pelaburan ini akan bertumpu kepada enam (6) tema strategik, termasuk Penjagaan Kesihatan yang memfokuskan kepada penjagaan warga emas dan ‘silver economy’1; Pertanian dan Sains Makanan yang melihat kepada penambahbaikan ekosistem pengeluaran makanan; Keterangkuman Perkhidmatan Kewangan; Kemampanan dengan bertumpukan kepada peralihan tenaga; Pendidikan yang bertujuan untuk menyediakan pendidikan berkualiti; dan Infrastruktur Sosial serta lain-lain usaha yang bertepatan dengan mandat strategik KWSP.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Encik Ahmad Zulqarnain Onn berkata, “KWSP komited terhadap pembangunan syarikat berpotensi tinggi di Malaysia di samping menyelaraskan strategi KWSP dengan pembangunan ekosistem perlindungan sosial yang inklusif. Komitmen ini adalah berlandaskan mandat untuk memenuhi beberapa tema pelaburan strategik termasuk penjagaan kesihatan, dengan tumpuan kepada penjagaan warga emas dan ‘silver economy’, sekaligus mencerminkan pengiktirafan KWSP terhadap kepentingan menangani keperluan penduduk yang semakin menua. Dalam jangka panjang, kami berharap usaha ini menyumbang kepada membina masyarakat yang berdaya tahan terhadap cabaran ekonomi dan sosial, selain memberikan pulangan yang baik untuk ahli kami.”
Bagi menyokong Rangka Kerja Ekonomi Madani, KWSP berusaha untuk memainkan peranan penting di samping GLIC lain dalam menyokong dan memajukan ekosistem di peringkat awal, selain melabur secara strategik dan menangani jurang kritikal di mana KWSP boleh membantu memacu pertumbuhan syarikat-syarikat ini serta meraih pulangan larasan risiko yang baik. Komitmen ini juga adalah usaha KWSP untuk mengukuhkan perlindungan sosial melalui pelaburan strategik dalam syarikat bersaiz sederhana yang berpotensi di Malaysia.
Pengasas dan Pengerusi Bersama Gobi Partners, Thomas G. Tsao berkata, “Gobi Partners merasa bangga untuk bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam komitmen ke arah pertumbuhan syarikat peringkat pertengahan di Malaysia. Tumpuan strategik kami terhadap enam tema utama menekankan dedikasi kami untuk memacu inovasi dan mencipta impak sosio-ekonomi yang berkekalan.”
KWSP kekal komited untuk meningkatkan pelaburannya dalam syarikat peringkat pertengahan yang selaras dengan misi KWSP untuk mencipta nilai jangka panjang untuk ahli serta menyediakan modal kepada ekonomi Malaysia secara keseluruhan.
1 Pasaran untuk produk dan perkhidmatan khusus untuk populasi yang berumur lebih dari 50 tahun
Dikeluarkan oleh Media Desk KWSP
Jabatan Hal Ehwal Korporat
18 Mac 2024
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan dana simpanan persaraan utama Malaysia yang membantu ahlinya mencapai simpanan yang mencukupi untuk persaraan yang selesa. Ini selaras dengan visi KWSP untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, dan misinya untuk melindungi simpanan ahli dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang. KWSP telah beralih daripada berpaksikan transaksi kepada sebuah pengurusan dana profesional berfokuskan keselamatan persaraan. KWSP dipacu oleh rangka kerja tadbir urus yang teguh dan profesional dalam keputusan pelaburannya. KWSP terus memangkin pertumbuhan ekonomi negara dan memupuk budaya menabung dan pelaburan di kalangan ahli untuk meningkatkan tahap celik kewangan negara.
About Gobi Partners
Gobi Partners is an Asia-focused venture capital firm with US$1.6 billion in assets under management (AUM). Headquartered in Kuala Lumpur and Hong Kong, the firm supports entrepreneurs from the early to growth stages and focuses on emerging and underserved markets.
Founded in 2002, Gobi has raised 17 funds to date and invested in over 380 startups with 62 operating in the circular economy. Gobi has grown to 15 locations across key markets in Bangkok, Cairo, Dhaka, Ho Chi Minh, Guangzhou, Hong Kong, Istanbul, Jakarta, Karachi, Kuala Lumpur, Lahore, Manila, Singapore, Shanghai, Shenzhen and Surabaya.
As a Participant of the United Nations Global Compact, Gobi Partners is committed to aligning strategies and operations with universal principles on human rights, labour, environment and anti-corruption to ensure long-term value creation and sustainability across its portfolio. As a Participant of the United Nations Global Compact, the firm launched its second sustainability report in June 2023.
For more information about Gobi Partners, please visit https://gobi.vc