Penutupan Sementara Cawangan Sandakan Dan Klang Berikutan Pelaksanaan Pkpb
KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara pejabat dan kaunter di Sandakan dan Klang mulai Jumaat, 9 Oktober 2020 hingga dimaklumkan kelak, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di empat daerah, iaitu Sandakan, Papar, dan Tuaran di Sabah serta Klang di Selangor.
Sehubungan itu:
- Semua permohonan Janji Temu Online (JTO) ke KWSP Sandakan dan KWSP Klang akan dibatalkan serta merta.
- Ahli yang telah membuat janji temu di pejabat Sandakan dan Klang yang dijadualkan dalam tempoh PKPB perlu membuat semula janji temu mereka setelah perintah kawalan tamat.
- Ahli dan majikan masih boleh menggunakan perkhidmatan atas talian KWSP, iaitu iAkaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan), yang beroperasi seperti biasa.
- Pembayaran caruman masih boleh dibuat melalui perbankan internet atau ejen bank berdaftar di kaunter.
- Ahli dan majikan disarankan untuk mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi KWSP sahaja.
- Untuk penjelasan lebih lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 038922 6000.
Pada masa yang mencabar ini, KWSP komited untuk terus memberi perkhidmatan kepada ahli di cawangan atau saluran digital. Kesihatan dan keselamatan ahli serta anggota KWSP tetap menjadi keutamaan. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
8 Oktober 2020
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.