Date: 22 Mei 2023
Kebakaran Di Bangunan KWSP Di Jalan Gasing Terkawal

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa salah satu tingkat di bangunannya di Jalan Gasing, Petaling Jaya, terbakar pagi ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat kini berada di lokasi dan sedang mengawal kebakaran, dan akan menyiasat punca kebakaran. Bangunan itu kini kosong dan tidak berpenghuni, dan tiada kecederaan dilaporkan buat masa ini. Butiran lanjut akan diberikan dari masa ke semasa.

 

Dikeluarkan oleh Media Desk KWSP
Jabatan Hal Ehwal Korporat
22 Mei 2023

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP® terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP® telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP® terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.