Bulan Literasi Kewangan: Mulakan Langkah Hari Ini Untuk Ganjaran Masa Hadapan

Bulan Literasi Kewangan: Mulakan Langkah Hari Ini Untuk Ganjaran Masa Hadapan
Article Image

Keperluan kewangan secara umumnya berbeza mengikut setiap fasa kehidupan. Memahami keperluan ini di setiap fasa dapat membantu anda mengurus kewangan dengan lebih teratur, melindungi diri daripada risiko kewangan, serta membuat keputusan kewangan yang lebih berhemah, sekaligus memastikan kesejahteraan kewangan pada masa hadapan dapat dicapai. Ikuti laman web KWSP pada bulan Oktober ini untuk meraikan bulan Literasi Kewangan dan perkasakan kemahiran pengurusan kewangan anda.

1. Podcast What Make Cent$

back chevron

Ikuti episod podcast terbaharu kami di laman media sosial KWSP (KWSP Malaysia di Facebook, Instagram, X, dan TikTok) untuk mendapatkan tip pengurusan kewangan yang bijak dan berkesan.


2. Jom Semak Profil Kewangan Anda

back chevron

Jangan ketinggalan untuk menyemak profil kewangan anda! Ketahui kedudukan kewangan semasa anda untuk merancang kewangan dengan lebih berkesan. Dengan langkah ini, anda dapat memastikan setiap langkah yang diambil membawa anda lebih dekat kepada matlamat kewangan anda.


3. Jurnal Kewangan Digital

back chevron

Pantau tabiat kewangan anda dan capai matlamat yang diimpikan! Urus dan kawal perbelanjaan anda dengan lebih bijak. Dengan jurnal kewangan ini, pengurusan kewangan bukan sahaja mudah tetapi juga menyeronokkan. Gunakan jurnal ini untuk urus kewangan anda – diri anda di masa hadapan pasti akan menghargai tindakan yang diambil hari ini!

Muat Turun Jurnal Kewangan Digital


4. KWSP Dan Anda

back chevron

Fahami keperluan kewangan utama di setiap fasa kehidupan anda melalui Life Journey Board yang direka khas untuk anda. Ia akan membantu anda mengenal pasti keperluan kewangan utama, merancang matlamat kewangan serta memilih produk KWSP yang bersesuaian dengan keperluan kewangan anda di setiap fasa kehidupan. Dengan maklumat ini, anda boleh mengurus dan  merancang kewangan anda dengan lebih teratur,  sama ada untuk keperluan kewangan jangka pendek mahupun jangka panjang.


5. Simpan Baik-Baik Financial Literacy Program 2024 @ Setia City Mall

back chevron

Bersedia untuk pengembaraan kewangan yang menyeronokkan! Kami akan berada di Setia City Mall dari 8 hingga 10 November 2024 untuk Program Literasi Kewangan Simpan Baik-Baik 2024. Sertai pengalaman interaktif yang menarik di mana anda berpeluang menerokai pelbagai fasa kehidupan melalui simulasi yang menyeronokkan sambil mempelajari cara membuat keputusan kewangan yang bijak. Lengkapkan semua aktiviti di booth kami, dan anda berpeluang memenangi cenderamata eksklusif! Jangan lepaskan peluang ini untuk berseronok sambil menambah ilmu kewangan anda!