Jangan Mudah Terpedaya!

Jangan mudah terpedaya dengan surat palsu, panggilan, links, atau mesej!
Taktik scammer baharu yang menyalahgunakan letterhead KWSP kini semakin berleluasa. Kenali helah mereka dan lindungi diri anda daripada menjadi mangsa.
Sentiasa semak dengan teliti setiap maklumat yang diterima, dan rujuk hanya melalui laman web rasmi dan saluran media sosial KWSP.
#KWSP
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Selaras dengan matlamatnya untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. KWSP terus komited kepada ahli melalui inisiatif-inisiatif untuk mengemaskini dan menambah baik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.