Tarikh: 03 Feb 2025
KWSP Bintulu Dibuka Semula Pada 3 Februari 2025

KWASA DAMANSARA,  3 Februari 2025: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyambung semula operasi di pejabatnya di Bintulu secara sepenuhnya, termasuk perkhidmatan kaunter, mulai hari ini setelah banjir di kawasan itu surut dan bekalan elektrik di bangunan terbabit dipulihkan.

Kami menghargai kesabaran ahli semasa penutupan sementara KWSP Bintulu pada 30 Januari 2025 lalu. Keselamatan dan kesejahteraan ahli dan anggota kekal menjadi keutamaan, dan kami telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk semua.

Untuk sebarang maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Perhubungan dan Nasihat Perkhidmatan KWSP di talian 03-8922 6000 atau merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

 

Dikeluarkan oleh
Unit Editorial and Media Relations 
Jabatan Hal Ehwal Korporat
3 Februari 2025

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.