Tarikh: 09 Mei 2025
Pengeluaran Perumahan Hanya Tersedia Melalui Portal Web i-Akaun (Ahli)

 

 

 

Bermula 9 Mei 2025, permohonan bagi Pengeluaran Perumahan hanya boleh dibuat melalui portal web i-Akaun (Ahli). Pilihan Pengeluaran Perumahan dalam aplikasi KWSP i-Akaun tidak boleh diakses buat sementara waktu sehingga diberitahu kemudian

Cara memohon pengeluaran melalui portal web i-Akaun (Ahli): 

  1. Log masuk ke portal web i-Akaun (Ahli) anda.
  2. Pergi ke menu Pengeluaran.
  3. Pilih jenis pengeluaran melalui pautan pantas atau klik Keluarkan simpanan anda.
  4. Pilih jenis pengeluaran yang anda inginkan seperti Pengeluaran Perumahan atau pilihan lain yang layak.
  5. Ikuti arahan yang dipaparkan di skrin untuk melengkapkan permohonan anda.

Permohonan pengeluaran yang tersedia mengikut saluran
Jadual di bawah menunjukkan jenis pengeluaran yang boleh diakses melalui aplikasi KWSP i-Akaun dan portal web i-Akaun (Ahli).

Jenis Pengeluaran

Aplikasi KWSP i-Akaun

Portal web i-Akaun (Ahli)

Pengeluaran Perumahan

Pengeluaran Akaun Fleksibel

Pengeluaran Pendidikan

Pengeluaran Kesihatan

Pengeluaran Umur 50/55/60

i-Sayang

 

Nota:

  • Jenis pengeluaran yang tersedia bergantung pada kelayakan anda sebagai ahli
  • Pastikan aplikasi KWSP i-Akaun anda dikemas kini ke versi terkini (4.0.1) untuk memastikan proses permohonan yang lancar. 

Kami menghargai kesabaran anda sepanjang penambahbaikan ini dijalankan. Sila layari laman web KWSP untuk sebarang maklumat terkini.

Log masuk ke portal web i-Akaun (Ahli)

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Selaras dengan matlamatnya untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. KWSP terus komited kepada ahli melalui inisiatif-inisiatif untuk mengemaskini dan menambah baik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.