Notis Penutupan: Kaunter Bayaran Caruman KWSP Di Seluruh Malaysia
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin memaklumkan bahawa semua kaunter peresitan di Pejabat KWSP di seluruh Malaysia tidak lagi beroperasi, berkuat kuasa 1 Julai 2026, manakala kaunter perkhidmatan KWSP beroperasi seperti biasa.
Susulan penutupan ini, ahli masih boleh membuat bayaran caruman melalui saluran alternatif berikut:
- Aplikasi KWSP i-Akaun
- Perbankan internet
- Kaunter ejen bank
- Self-Service Terminal (SST)
- Perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP / Relationship Advisory (RA)
Manakala bagi majikan, bayaran caruman adalah digalakkan untuk dibuat melalui portal i-Akaun (Majikan) bagi membolehkan proses bayaran dilaksanakan dengan lancar.
Penutupan Kaunter Peresitan Pejabat KWSP ini tidak akan menjejaskan keupayaan ahli atau majikan untuk membuat bayaran caruman, memandangkan pelbagai saluran pembayaran alternatif masih tersedia.
KWSP kekal komited untuk terus menambah baik penyampaian perkhidmatan serta memastikan ahli dan majikan dapat berurusan dengan lancar melalui platform yang selamat, mudah diakses dan cekap.
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan dana simpanan persaraan utama di Malaysia yang bertujuan membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk Malaysia. Misi KWSP adalah untuk membantu ahli mencapai pendapatan persaraan yang selesa. KWSP telah beralih daripada sebuah organisasi yang berpaksikan transaksi kepada sebuah institusi pengurusan dana profesional yang berfokus kepada keselamatan persaraan. KWSP dipacu oleh rangka kerja tadbir urus yang teguh dan profesional dalam membuat keputusan pelaburan. Ia terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara dan berusaha untuk memupuk budaya menabung dan pelaburan dalam kalangan ahlinya bagi meningkatkan tahap celik kewangan negara.



