Tarikh: 04 Jul 2025
Penyelenggaraan Sistem Pada 5-7 Julai 2025

KWSP sedang mengalami gangguan sistem dalam talian dan perkhidmatan berikut dijangka akan mengalami gangguan pada tarikh dan masa seperti di bawah:

 

Mula: 1:00 pagi | Sabtu, 5 Julai 2025
Tamat: 1:00 pagi | Isnin, 7 Julai 2025

Perkhidmatan Terkesan:

  • Pendaftaran Majikan KWSP (ROB & ROC)

 

Perkhidmatan kami dijangka pulih seperti biasa selepas waktu yang ditetapkan. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan tujuan untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.