Menyimpan Dengan Bijak: Lindungi Masa Depan Anda Dengan KWSP

Menyimpan Dengan Bijak: Lindungi Masa Depan Anda Dengan KWSP
Article Image

Di Malaysia, sama seperti di kebanyakan bahagian dunia, usaha untuk mencapai kestabilan kewangan semasa persaraan merupakan kebimbangan utama bagi setiap individu dari semua peringkat usia.

Dengan perubahan landskap ekonomi dan perkembangan tenaga kerja, keperluan kepada skim simpanan persaraan yang kukuh menjadi semakin penting. Dalam mencapai matlamat ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat menonjol sebagai satu lambang keselamatan kewangan yang menawarkan rakyat Malaysia platform yang dipercayai untuk simpanan persaraan.

Sebagai individu, merancang untuk persaraan merupakan satu langkah penting ke arah memastikan masa depan yang lebih selesa. KWSP menyediakan asas yang kukuh dalam usaha ini, dengan kadar dividen yang menarik dan pelbagai manfaat, menjadikannya satu pilihan yang menarik untuk perancangan kewangan jangka masa panjang. 

Bagaimana saya boleh tingkatkan simpanan di KWSP? 

back chevron

Menjadi kebiasaan dalam tanggapan umum bahawa dengan hanya memperolehi gaji yang lebih tinggi barulah anda dapat meningkatkan simpanan anda di KWSP. Walaupun dengan pendapatan yang lebih tinggi pastinya membantu, anda juga boleh membuat  simpanan di KWSP anda dengan pelbagai cara lain: 

Caruman Sukarela 

Selain daripada potongan bulanan yang diwajibkan, anda juga boleh memilih untuk menambah caruman KWSP anda dengan amaun serendah RM10 sehingga maksimum RM100,000 setahun.

Dengan memulakan perjalanan simpanan anda seawal mungkin, anda dapat merasai manfaat daripada kesan pertambahan yang berterusan dan memberi lebih masa kepada simpanan anda untuk berkembang. Oleh itu, penting untuk anda memulakan langkah ini sekarang demi menjamin keselesaan dan kestabilan kewangan semasa persaraan. 

Klik sini untuk maklumat lanjut


i-Saraan 

Pernahkan anda mendengar tentang i-Saraan? Skim ini direka khas untuk ahli yang berusia 60 tahun ke bawah yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap.  

Melalui i-Saraan, anda boleh  membuat simpanan secara sukarela ke dalam simpanan KWSP anda dan menerima insentif khas sebanyak 15% daripada jumlah caruman sehingga maksimum RM500 setahun dan RM5,000 seumur hidup. Bagi pekerja sektor ekonomi gig, ini adalah pilihan yang terbaik kerana tiada caruman minimum ditetapkan dan ahli akan menerima dividen tahunan atas simpanan persaraan mereka berserta dengan insentif daripada Kerajaan. 

Klik sini untuk maklumat lanjut


Ini adalah manfaat yang bakal anda perolehi seiring dengan perkembangan simpanan anda di KWSP dari semasa ke semasa

back chevron

Pendapatan Dividen

KWSP menawarkan pulangan dividen sekitar 3% ke 4% dengan kemungkinan pulangan pada kadar yang lebih tinggi. Selain itu, bagi Simpanan Konvensional, dividen juga dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.50% setahun. Dengan kadar ini, simpanan anda akan terlindung daripada inflasi dan berkembang secara stabil dari semasa ke semasa. 

Saya ingin tahu lebih lanjut tentang dividen KWSP 

 

Fleksibiliti  

KWSP mengiktraf matlamat kewangan yang pelbagai dan kepercayaan agama bagi setiap ahlinya, dengan menyediakan pilihan antara simpanan patuh syariah (Simpanan Shariah) dan simpanan konvensional (Simpanan Konvensional). Melalui Simpanan Shariah, pendapatan hanya diperolehi daripada pelaburan KWSP yang patuh syariah, manakala Simpanan Konvensional melibatkan campuran pelaburan patuh syariah dan tidak patuh syariah. 

Pilihan ini membolehkan ahli menyesuaikan pelaburan mereka dengan nilai-nilai peribadi dan objektif kewangan, dengan memastikan pendekatan yang bersesuaian untuk pertumbuhan kewangan tanpa mengabaikan prinsip-prinsip etika dan agama. 

Klik sini untuk info lanjut tentang Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional 

 

Pengecualian Cukai 

Simpanan anda di KWSP mendapat pengecualian cukai pendapatan tahunan sehingga maksimum RM4,000 setahun, tertakluk kepada pindaan berkala oleh kerajaan (tidak termasuk pelepasan untuk bayaran premium insurans nyawa). Selain itu, pendapatan dividen daripada pelaburan KWSP juga bebas dari dikenakan cukai.

 

Selain itu, KWSP juga berusaha untuk membantu ahli meningkatkan literasi kewangan mereka dan memberi pemahaman mengenai pilihan persaraan yang mampan bagi meningkatkan simpanan persaraan. Melalui Perkhidmatan Penasihat Persaraan (RAS) yang disediakan secara percuma kepada ahli, anda boleh mendapatkan bantuan dalam memahami matlamat kewangan anda, menilai simpanan semasa, dan merangka strategi untuk memastikan persaraan yang mapan.  

 

Pada akhirnya, KWSP dilihat sebagai pilihan yang boleh dipercayai dan menguntungkan bagi individu yang merancang persaraan mereka. Dengan menjadikan KWSP sebagai komponen utama dalam pelan simpanan persaraan , anda dapat memanfaatkan kelebihan dengan meningkatkan keselamatan kewangan anda semasa persaraan. Mula menyimpan di KWSP hari ini dan rintis perjalanan ke arah persaraan yang selesa dan bebas dari kebimbangan. 


Untuk memulakan perjalanan anda di KWSP, inilah cara untuk anda membuka akaun KWSP (jika belum menjadi ahli): 

Bagaimanapun, bagi individu yang bukan pemegang MyKad atau MyPR, anda perlu mengunjungi pejabat KWSP terdekat dan melakukan pendaftaran di kaunter.

 

Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun untuk memastikan anda selangkah di hadapan dalam mencapai matlamat kewangan anda. 

Muat Turun KWSP i-Akaun Sekarang!