Tarikh: 09 Jan 2025
Pejabat KWSP Tidak Lagi Menerima Sebarang Pembayaran Secara Tunai Dan Kiriman Wang/Wang Pos

Pejabat KWSP telah menghentikan penerimaan sebarang pembayaran secara tunai dan Kiriman Wang/Wang Pos bermula 1 Januari 2025. Ahli dan majikan boleh membuat bayaran melalui kaedah pembayaran seperti di bawah:

Ahli

1. Aplikasi Mudah Alih/Portal
- Pembayaran secara mudah alih/portal KWSP i-Akaun

2. Ejen Bank Berdaftar
- Pembayaran secara elektronik/tunai melalui​ Ejen Bank (EB) BSN

3. Perbankan Internet
- Pembayaran secara elektronik melalui:

  • Alliance Bank
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • BSN
  • CIMB Bank
  • Hong Leong Bank
  • Kuwait Finance House
  • Maybank
  • MBSB
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Ambank

4. Kaunter KWSP Terpilih (Cek Sahaja)

  • KWSP Shah Alam
  • KWSP Kuala Lumpur
  • KWSP Ipoh
  • KWSP Seberang Jaya
  • KWSP Alor Setar
  • KWSP Kangar
  • KWSP Johor Bahru
  • KWSP Muar
  • KWSP Melaka
  • KWSP Seremban
  • KWSP Kuantan
  • KWSP Kuala Terengganu
  • KWSP Kota Bharu
  • KWSP Kota Kinabalu
  • KWSP Kuching

5. Kaunter Ejen Bank
- Pembayaran secara tunai/cek di kaunter ejen bank:​

  • BSN
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank – Hanya menerima pembayaran kad debit dan pindahan debit sahaja

6. Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA)
- Pembayaran secara elektronik melalui Kad Debit
- Amaun bayaran caruman adalah tertakluk kepada had transaksi Kad Debit pembayar

 

Majikan

1. Aplikasi Dalam Talian
- Pembayaran secara elektronik Financial Process Exchange (FPX) dan Direct Debit Authorisation (DDA) melalui aplikasi dalam talian i-Akaun (Majikan)

2. Perbankan Internet

3. Bank Agent Counters
- Pembayaran secara tunai/cek di kaunter ejen bank:​

  • BSN
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank – Hanya menerima pembayaran kad debit dan pindahan debit sahaja

4. Kaunter KWSP Terpilih (Cek Sahaja)

  • KWSP Shah Alam
  • KWSP Kuala Lumpur
  • KWSP Ipoh
  • KWSP Seberang Jaya
  • KWSP Alor Setar
  • KWSP Kangar
  • KWSP Johor Bahru
  • KWSP Muar
  • KWSP Melaka
  • KWSP Seremban
  • KWSP Kuantan
  • KWSP Kuala Terengganu
  • KWSP Kota Bharu
  • KWSP Kota Kinabalu
  • KWSP Kuching

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.