Penangguhan Sementara Pembayaran Pengeluaran: 16 & 17 September 2024
Dimaklumkan bahawa bank panel KWSP iaitu RHB yang memproses pengkreditan bayaran pengeluaran ditutup pada 16 dan 17 September 2024 bersempena dengan Hari Malaysia dan Maulidur Rasul. Oleh itu, pengkreditan bayaran pengeluaran yang dijadualkan pada tarikh tersebut akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
Kami mohon maaf atas sebarang kesulitan dan menghargai perhatian anda.
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Selaras dengan matlamatnya untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. KWSP terus komited kepada ahli melalui inisiatif-inisiatif untuk mengemaskini dan menambah baik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.