Menguruskan Perbelanjaan Kesihatan: Memahami Kemudahan Pengeluaran KWSP Untuk Keperluan Kesihatan

Menguruskan Perbelanjaan Kesihatan: Memahami Kemudahan Pengeluaran KWSP Untuk Keperluan Kesihatan
Article Image

Pengurusan kewangan seseorang tidak terbatas pada merancang untuk dana persaraan saja, tetapi juga memerlukan penyediaan dana kecemasan, terutamanya berkaitan dengan penjagaan dan rawatan kesihatan. 

Saban tahun, kos perubatan di Malaysia terus meningkat. Oleh itu, kos kesihatan akan menjadi beban kewangan penting yang perlu dipertimbangkan dalam pengurusan kewangan selepas persaraan.

Pada masa ini, rakyat Malaysia menikmati jangka hayat yang semakin panjang. Ini didukung oleh data dari Jabatan Statistik Malaysia (JSM) yang menyatakan bahawa daripada keseluruhan populasi Malaysia, peratusan penduduk yang termasuk dalam kategori warga emas (berumur 65 tahun ke atas) meningkat kepada 7.3% pada tahun 2022 berbanding dengan 7% pada tahun 2021. Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia sedang menuju ke arah menjadi negara yang menua menjelang tahun 2030. 

Apabila purata jangka hayat individu meningkat, kesihatan diri juga akan merosot selari dengan usia. Oleh itu, individu pada usia tua juga perlu mendapatkan rawatan kesihatan secara berkala.   

Pada 13 Oktober 2023, Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2024 (Belanjawan Madani Kedua) yang memperkenalkan pelbagai inisiatif kesihatan bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.    

Peruntukan sebanyak RM41.2 bilion, menandakan peningkatan sebanyak RM4.89 bilion atau 13.45% untuk Kementerian Kesihatan (KKM) dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan dalam membantu rakyat menangani kos kesihatan yang meningkat. Peruntukan ini juga dijangka dapat meningkatkan mutu kesihatan serta memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat. 

 

Langkah yang boleh diambil untuk bantu kurangkan kos kesihatan

Ada beberapa langkah yang boleh diambil oleh anda bagi membantu mengurangkan kos kesihatan pada masa akan datang iaitu:

  1. Mengamalkan gaya hidup sihat

    Dengan mengamalkan gaya hidup sihat akan membantu melahirkan fizikal dan mental yang sihat. Anda juga berisiko rendah untuk mendapat penyakit kronik. Antara amalan gaya hidup sihat adalah melakukan senaman fizikal secara berkala, memilih makanan yang seimbang, minum air kosong secukupnya, tidak merokok serta mendapatkan tidur yang mencukupi.

  2. Mendapatkan kad perubatan atau polisi insurans/ takaful
     

    Bagi anda yang mempunyai kad perubatan atau polisi insurans/ takaful, anda tidak perlu bimbang tentang kos rawatan kerana insurans/ takaful ini membantu melindungi anda dari segi kewangan dengan menampung bil perubatan. 

    Selain itu, anda juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. Kelebihan menerima rawatan di hospital swasta termasuk perkhidmatan yang lebih cepat, kemudahan yang lebih moden, dan keselesaan yang diberikan kepada pesakit.

Pengeluaran Kesihatan

back chevron

Kemudahan Pengeluaran Kesihatan KWSP 

Tahukah anda, KWSP menyediakan pilihan pengeluaran melalui Akaun 2 bagi membantu anda menguruskan kos perubatan.   

KWSP membenarkan pengeluaran sebahagian dari Akaun 2 bagi menampung: 

  • Kos rawatan bagi penyakit yang diluluskan 
  • Peralatan kesihatan 
  • Rawatan kesuburan 

Pengeluaran Kesihatan KWSP ini tidak terhad kepada diri sendiri sahaja, anda juga boleh menggunakan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan pasangan, ibu bapa (kandung, angkat, tiri, mentua), anak-anak (kandung, angkat, tiri) dan adik-beradik (kandung), sekiranya anda belum mencapai umur 55 tahun. Untuk maklumat berkaitan pengeluaran ini, anda boleh klik pautan di bawah:

Ketahui Pengeluaran Tersedia

*Tidak semua jenis rawatan penyakit kritikal dan pembelian peralatan kesihatan layak untuk Pengeluaran Kesihatan KWSP dan tertakluk kepada kelulusan KWSP.


i-Lindung

back chevron

KWSP juga menyediakan Pelan Perlindungan Ahli (PPA) melalui platform i-Lindung yang direka khusus untuk memudahkan pembelian produk insurans/ takaful yang diluluskan oleh KWSP bagi memenuhi keperluan anda dan ahli keluarga anda. Anda boleh memilih perlindungan hayat dan/ atau perlindungan penyakit kritikal dengan harga yang berpatutan di mana simpanan daripada Akaun 2 dikeluarkan untuk pembayaran tahunan untuk ahli di bawah 55 tahun, atau daripada Akaun Emas untuk ahli yang berusia 55 tahun ke atas.  

Mohon dengan mudah melalui aplikasi KWSP i-Akaun!

Saya Ingin Mengetahui Tentang i-Lindung KWSP

Dengan peningkatan jangka hayat dan kos penjagaan kesihatan, menguruskan perbelanjaan perubatan tampak menjadi semakin mencabar. Dalam keadaan ini, akaun KWSP anda boleh menjadi sumber sokongan penting bukan hanya untuk membayar bil perubatan anda sendiri, tetapi juga untuk mereka yang anda kasihi. Oleh itu, adalah penting untuk menggunakan Akaun KWSP (Akaun 2) anda secara berhemat untuk memastikan ketersediaan sumber kewangan pada saat-saat yang diperlukan.