Date: 20 Mei 2024
Penyelenggaraan Sistem

KWSP akan melaksanakan aktiviti penyelenggaraan sistem. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, perkhidmatan berikut dijangka akan mengalami gangguan pada tarikh dan masa seperti berikut:

 

Perkhidmatan Ahli:

Tarikh: 11 Mei - 4 Jun 2024

  • Aplikasi i-Akaun (Ahli) Klasik

 

Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Perkhidmatan kami dijangka pulih seperti biasa selepas waktu yang ditetapkan.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan dana simpanan persaraan utama Malaysia yang membantu ahlinya mencapai simpanan yang mencukupi untuk persaraan yang selesa. Ini selaras dengan visi KWSP untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, dan misinya untuk melindungi simpanan ahli dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang. KWSP telah beralih daripada berpaksikan transaksi kepada sebuah pengurusan dana profesional berfokuskan keselamatan persaraan. KWSP dipacu oleh rangka kerja tadbir urus yang teguh dan profesional dalam keputusan pelaburannya. KWSP terus memangkin pertumbuhan ekonomi negara dan memupuk budaya menabung dan pelaburan di kalangan ahli untuk meningkatkan tahap celik kewangan negara.