Penyelenggaraan Sistem Bermula 29 November Hingga 1 Disember 2024
Jadual Penyelenggaraan Sistem Dalam Talian KWSP
1) 29 November 2024 (9.00 malam) - 30 November 2024 (1.00 petang)
2) 1 Disember 2024 (3.00 petang - 10.00 malam)
Sehubungan itu, operasi kaunter-kaunter KWSP berada di tahap minimum bermula 29 November 2024, 12.30 tengah hari dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 2 Disember 2024. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Selaras dengan matlamatnya untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. KWSP terus komited kepada ahli melalui inisiatif-inisiatif untuk mengemaskini dan menambah baik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.