Jadikan Simpanan Shariah Sebagai Pilihan Perancangan Persaraan Anda

Jadikan Simpanan Shariah Sebagai Pilihan Perancangan Persaraan Anda
Article Image

Mencari keberkatan dalam sumber kewangan anda? Sebagai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), anda pasti tahu atau pernah mendengar KWSP mempunyai dua pilihan akaun iaitu akaun Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah. Akaun Simpanan Shariah KWSP merupakan satu pilihan yang membolehkan anda menguruskan simpanan mengikut prinsip-prinsip syariah dengan melabur dalam pelaburan halal, bebas daripada riba dan aktiviti yang dilarang oleh Islam.  

Bayangkan anda  diberi kuasa dan kebebasan untuk merancang persaraan anda mengikut prinsip-prinsip kewangan Islam - inilah apa yang Simpanan Shariah tawarkan. 

 

Apa yang perlu anda ketahui sebelum beralih ke Simpanan Shariah

back chevron

Jika keutamaan anda adalah untuk selarikan pilihan simpanan dengan prinsip kewangan Islam, Simpanan Shariah bukanlah sekadar satu pilihan, tetapi ia adalah satu peluang yang perlu dimanfaatkan. KWSP memahami bahawa perjalanan persaraan anda adalah sesuatu yang bersifat peribadi, dan dengan Simpanan Shariah, pilihan kini berada di tangan anda untuk memastikan pilihan kewangan anda mengikut prinsip syariah. 

Diperkenalkan pada tahun 2017, inisiatif ini menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam penawaran organisasi. Sebagai ahli KWSP, anda kini diberi peluang untuk mengurus dan melaburkan simpanan anda mengikut prinsip syariah dengan beralih ke Simpanan Shariah atau untuk terus kekal berada dalam Simpanan Konvensional anda yang sedia ada. 

Sebagai individu Islam, kita mengharapkan simpanan yang bebas dari riba, batil, dan seumpamanya kerana ketenangan hidup bermula dari sumber yang halal dan suci. Namun, masih ramai ahli yang beragama Islam belum membuat pilihan untuk bertukar ke akaun patuh syariah ini. 

Akaun Simpanan Shariah adalah pilihan yang menyeluruh dan adil, menyediakan peluang kepada setiap individu untuk melibatkan diri dalam satu sistem kewangan yang mematuhi nilai-nilai moral dan etika. Walau bagaimanapun, pilihan untuk bertukar ke akaun Simpanan Shariah ini tidak terhad kepada ahli yang beragama Islam sahaja. Ianya terbuka kepada semua ahli KWSP tanpa mengira bangsa dan agama untuk menyertai perjalanan menuju kestabilan kewangan yang lebih baik. 

Jika anda masih mengalami kesukaran untuk memahami Simpanan Shariah dan masih ragu-ragu untuk bertukar, jangan bimbang, kami bantu ringkaskan untuk anda. 


Jadi mengapa memilih Simpanan Shariah?

back chevron

Bagi ahli beragama Islam: 

  • Simpanan Shariah diuruskan serta dilaburkan mengikut prinsip syariah sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 43A, Akta KWSP;
  • Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan waswas ke atas sumber dana;
  • Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat dalam pelaburan perbankan konvensional dan insurans;
  • Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka. 

 

Bagi ahli bukan beragama Islam:

Ahli bukan beragama Islam juga boleh memilih Simpanan Shariah sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional:

  • Objektif pelaburan dan profil risiko yang sama;
  • Alokasi aset strategik yang sama;
  • Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah;
  • Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional. 

 

 Dividen Akaun Simpanan Shariah: 

  • Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah diadakan pada 18 Ogos 2015, memutuskan KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk beralih ke Simpanan Shariah.
  • Dividen yang terhasil dari akaun Simpanan Shariah boleh dimanfaatkan tanpa waswas.
  • Walau bagaimanapun, keputusan untuk melakukan penyucian dividen adalah atas kesedaran diri ahli beragama Islam itu sendiri dan anda ahli dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan daripada Majlis Agama Islam di negeri masing-masing.
  • Tiada jaminan minimum kadar dividen kerana agihan dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar portfolio pelaburan patuh syariah.
  • Simpanan anda akan diagihkan kepada waris sebagai harta pusaka, sekaligus memberikan ketenangan dan keadilan dalam pewarisan. 

 

Apa perbezaan yang berlaku setelah anda memilih Simpanan Shariah? 

  • Kemudahan pengeluaran sedia ada masih kekal dan tidak berubah kecuali Skim Pelaburan Ahli di mana anda hanya dibenarkan melabur dalam dana patuh syariah yang diluluskan oleh KWSP.
  • Majikan tidak perlu membuat bayaran caruman secara berasingan, kekal seperti sebelum ini.
  • Polisi penamaan kekal dan tidak berubah.
  • Anda juga boleh mendapatkan penyata tahunan yang sama seperti biasa. 
Baca Lanjut Berkenaan Simpanan Shariah

Cara mendaftar Simpanan Shariah

back chevron

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi KWSP i-Akaun dengan mengikuti langkah-langkah ini: 

  • Klik pada Profil
  • Pilih Butiran Akaun
  • Ikuti langkah-langkah pada skrin sehingga pendaftaran anda berjaya 

Mudah, bukan? Ayuh! Tunggu apa lagi. Tak usah bertangguh. Laksanakan kewajipan anda sebagai individu beragama Islam dengan segera.  

Muat Turun KWSP i-Akaun Sekarang