Pendaftaran Simpanan Shariah Dibuka Sepanjang Tahun
Pendaftaran Simpanan Shariah dibuka kepada semua ahli KWSP sepanjang tahun melalui i-Akaun (Ahli) dan di semua kaunter KWSP.
Daftar hari ini di:
https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/akaun-pengguna/simpanan-shariah
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan dana persaraan terulung Malaysia yang ditubuhkan untuk membantu ahli mencapai simpanan yang cukup untuk persaraan yang selesa. Ini selaras dengan visi KWSP untuk membantu ahli mencapai masa depan yang baik serta misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. KWSP telah berkembang daripada sebuah organisasi berpaksikan transaksi kepada sebuah organisasi pengurusan dana profesional dengan tumpuan terhadap jaminan persaraan. KWSP berpandukan rangka kerja tadbir urus yang mantap dan profesional dalam membuat keputusan pelaburan. Ia terus memainkan peranan sebagai pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi negara dan bertujuan untuk memupuk budaya menabung dan melabur di kalangan ahli untuk meningkatkan tahap celik kewangan di peringkat negara.