Date: 23 Okt 2020
Khidmat Nasihat Persaraan (RAS)

 PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP akan ditutup buat sementara waktu pada tarikh yang tertera di bawah kerana semua Pegawai RAS akan menghadiri program kursus pada tarikh tersebut. 
 
Bagi menjamin perkhidmatan terbaik kepada ahli KWSP, kesemua Pegawai RAS diwajibkan menjalani program kursus yang merupakan usaha kami untuk memastikan mereka dibekalkan dengan pengetahuan terkini di samping meningkatkan kepekaan mereka dalam menjalankan tugas. 


 

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.