Date: 15 Dis 2022
Sistem Tergendala Sementara - Notis Untuk Majikan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mengalami gangguan perkhidmatan sementara di semua salurannya, termasuk aplikasi i-Akaun KWSP. KWSP memahami kebimbangan majikan untuk memenuhi tarikh akhir caruman, justeru pihak Pengurusan telah bersetuju untuk melanjutkan pembayaran bulan caruman semasa dari 15 Disember 2022 kepada 30 Disember 2022. KWSP sedang mengambil semua langkah untuk menyelesaikan dan memulihkan perkhidmatan sepenuhnya dengan kesulitan minimum kepada majikan. Kesulitan amat dikesali dan KWSP akan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

 

Dikeluarkan oleh
Jabatan Hal Ehwal Korporat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
15 Disember 2022