Kemaskini terakhir : 01/12/2020 2:27     

OPERASI CAWANGAN KWSP KEMBALI SEPERTI BIASA

KUALA LUMPUR, 1 Disember 2020: Bermula Rabu, 2 Disember 2020, semua cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan kembali beroperasi seperti biasa dengan semua perkhidmatan kaunter disediakan dari 8:30 pagi hingga 4:30 petang pada hari bekerja.

KWSP akan terus mengamalkan penjarakan fizikal dan langkah-langkah SOP yang wajib di semua cawangan untuk membendung penularan wabak COVID-19. Ahli-ahli yang ingin berurusan di cawangan KWSP hendaklah membuat janji temu terlebih dahulu melalui saluran Janji Temu Online (www.kwsp.gov.my/janjitemu).

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

 

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
1 Disember 2020
 

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.