Kemaskini terakhir : 14/12/2020 2:20     

Berwaspadalah dengan sebarang aktiviti yang mencurigakan

Kami sentiasa menerima aduan pelbagai kes penipuan melibatkan kerugian yang besar dialami oleh ahli yang diperdaya dengan taktik penipuan licik pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mereka sentiasa mencari helah untuk mencuri data dan maklumat peribadi anda atau lebih buruk lagi apabila terdapat ahli KWSP yang mengalami kerugian kepada wang simpanan persaraan mereka.

Sekiranya anda mengetahui tentang sebarang aktiviti yang mencurigakan tentang tawaran-tawaran mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, jangan berlengah dan terus laporkan ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 89226000.

Ingat, kita perlu sentiasa berhati-hati dan berwaspada!