Kemaskini terakhir : 13/03/2019 4:58     

KWSP Nasihat Ahli Berhati-hati Dengan Individu Menyamar Sebagai Ejen KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin mengingatkan orang ramai dan ahli KWSP supaya berhati-hati dengan individu tidak bertanggungjawab mendakwa sebagai ejen KWSP yang meminta maklumat sulit dan cap ibu jari ahli KWSP. Ini dilakukan dengan alasan maklumat tersebut diperlukan untuk membolehkan KWSP mengemaskini  butiran ahli dalam pangkalan data KWSP.

 

KWSP menegaskan bahawa ia tidak pernah melantik mana-mana  individu atau syarikat bagi mewakilinya dalam urusan yang berkaitan.

 

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, KWSP mendapati individu tersebut menyamar sebagai ejen KWSP. Oleh itu, KWSP mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan  kegiatan tidak bertanggungjawab ini.

 

Ahli yang dihubungi oleh individu berkenaan digesa membuat aduan melalui talian hotline Anti-Fraud KWSP di 03-2616 2121 yang beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga 5.15 petang, Isnin hingga Jumaat.


(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus Besar
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh:  6 April 2012