Kemaskini terakhir : 07/08/2020 9:48     

Waspada Dengan Tawaran Pinjaman Menggunakan Akaun KWSP

 


KWSP telah mengenalpasti beberapa iklan melalui laman sosial yang menawarkan pinjaman peribadi menggunakan simpanan KWSP sebagai cagaran.

Tawaran seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada pihak ketiga untuk mengambil kesempatan terhadap simpanan ahli malah ianya akan merugikan simpanan masa depan ahli.

Ahli disarankan untuk berwaspada dan elakkan daripada terpedaya dengan tawaran yang akan menjejaskan simpanan KWSP ahli.