Kemaskini terakhir : 30/05/2019 11:43     

Waspada Dengan Tawaran Menggunakan Logo KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengenalpasti sebuah iklan dalam talian yang menawarkan pinjaman peribadi menggunakan simpanan KWSP dan telah menggunakan logo KWSP dan visual yang diambil dari laman web rasmi KWSP.

 

KWSP menegaskan bahawa ia tidak pernah mengiktiraf perkhidmatan seperti yang diiklankan dan tidak melantik mana - mana ‘agen sah’ seperti yang didakwa. Laman web seperti tersebut tidak dibenarkan menggunakan logo KWSP.

 

KWSP memandang serius penggunaan logo atau bahan hakcipta terpelihara dengan sembarangan bertujuan untuk mengelirukan ahli. Ahli disarankan untuk berwaspada apabila menerima sebarang maklumat atau tawaran melibatkan KWSP, dan elakkan daripada tertipu dengan membuat pengesahan terlebih dahulu dengan KWSP.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat produk dan perkhidmatan KWSP, ahli boleh hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-89226000 atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.

 

Dikeluarkan oleh:
Jabatan Hal Ehwal Korporat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 8 Jun 2018