Kemaskini terakhir : 12/03/2019 1:45     

Bajet 2017: KWSP Perkenal Kemudahan Untuk Skim Pembiayaan Akhir Eksklusif PR1MA

Lanjutan daripada pembentangan Bajet 2017 oleh Y.A.B. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan inisiatif Skim Pembiayaan Akhir Eksklusif PR1MA, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan kepada ahli KWSP yang menepati kriteria kelayakan PR1MA dan ingin membuat pengeluaran perumahan simpanan KWSP untuk kali pertama.

 

Ahli diingatkan bahawa apabila telah membuat pengeluaran perumahan untuk skim ini, lain-lain pengeluaran pra-persaraan seperti pengeluaran Kesihatan, Pendidikan, Umur 50 Tahun dan Haji tidak boleh dilakukan sehingga pembayaran penuh pinjaman PR1MA telah dibuat.  

 

Pihak KWSP sedang bekerjasama dengan PR1MA, Bank Negara Malaysia dan bank-bank yang menyertai skim ini untuk memuktamadkan hal-hal berkaitan pelaksanaan inisiatif ini yang akan diumumkan kelak. Setelah perincian telah dimuktamadkan, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari perkhidmatan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP sebelum membuat keputusan untuk memilih kemudahan ini. 

 

Ahli boleh melayari laman web PR1MA di http://www.pr1ma.my atau hubungi pusat panggilan PR1MA di 03-7962 4374 untuk maklumat lanjut mengenai skim ini.  

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 21 Oktober 2016