Cadangan Kerja-Kerja Penggantian Alat Hawa Dingin Melebihi 10 Tahun Bagi EPF Learning Campus (ELC) Bangi, Selangor

No. Sebutharga

2023 - 000104

Kriteria Kelayakan

Berdaftar dengan CIDB Gred G1, Kategori ME Pengkhususan M01 (Sistem Hawa Dingin dan Pengedaran Udara) DAN SPKK.

Harga Dokumen

PERCUMA

Tarikh Dibuka

03/08/2023 (KHAMIS)

Tarikh Tutup

25/08/2023 (JUMAAT)

Syarat-syarat sebutharga:

  1. Syarikat berdaftar dengan CIDB & SPKK.
  2.  Sebarang persoalan boleh dianjurkan kepada pegawai bertugas :- En Noorazlan Bin Mohd Nordin B385 - JPH    Email - [email protected] TEL NO :- 03 - 61226129;ext=6129

Proses Permohonan Sebutharga

Langkah 1

Tawaran Sebutharga bersama maklumat lengkap pelawaan boleh diperolehi dalam talian mulai 11/08/2023 (JUMAAT) hingga 24/08/2023 (KHAMIS).  Hanya pembekal yang berdaftar dengan sistem e-Procurement KWSP ( Ariba Network) dibenarkan menyertai sebutharga ini.

Langkah 2

Bagi pembekal yang belum berdaftar dengan sistem e-Procurement KWSP, Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan pendaftaran seperti berikut : http://epf.supplier.ariba.com/ad/selfRegistration .Pembekal boleh menghubungi KWSP melalui email : [email protected] atau hubungi talian 03 - 6122 6222  untuk sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran.

Langkah 3

Pembekal hendaklah mempunyai sijil CIDB & SPKK  yang masih sah tempohnya semasa membuat pendaftaran secara online untuk tender. Pelawaan tender tidak akan ditawarkan sekiranya pembekal gagal menyediakan dokumen lengkap dan terkini sewaktu membuat pendaftaran.

Langkah 4

Lawatan tapak adalah diwajibkan dan akan diadakan pada 10/08/2023 (KHAMIS) 11.00 a.m di :-

Ruang Lobi, Blok Pentadbiran, EPF Learning Campus (ELC), Persiaran KWSP, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan. 

Kegagalan pembekal mematuhi syarat - syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan penyertaan perolehan TERBATAL dengan sendirinya.

Langkah 5

Tawaran dan dokumen perolehan tender yang telah lengkap dikunci masuk dan dilampirkan hendaklah dihantar melalui sistem e-Procurement KWSP tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 25/08/2023 (JUMAAT).

Langkah 6

KWSP tidak terikat untuk menerima mana - mana tawaran tender yang terendah dan tidak akan bertanggungjawab memberi sebarang alasan atas penolakan tender dan juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini.

Langkah 7

Langkah 8

Langkah 9

Langkah 10