Kemaskini terakhir : 15/03/2019 2:36     

KWSP Nasihat Ahli Agar Berhati-hati Terhadap Aplikasi Perisian Telefon Mudah Alih Tidak Iktiraf Untuk i-Akaun

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin memaklumkan terdapat aplikasi perisian telefon mudah alih dan PDA yang menyediakan akses kepada i-Akaun KWSP yang dibangunkan oleh pihak ketiga. Bagaimanapun, ahli dan orang ramai diingatkan bahawa aplikasi perisian tersebut tidak diiktiraf oleh KWSP. Oleh itu, KWSP tidak menjamin keselamatan dan kewibawaan aplikasi tersebut.

 

KWSP ingin menegaskan bahawa KWSP tidak mempunyai sebarang aplikasi yang diiktiraf untuk telefon mudah alih Apple atau Android. Kaedah yang paling selamat bagi mengakses i-Akaun adalah secara terus melalui laman web myEPF.

 

Mereka yang telah menggunakan applikasi tersebut dan kemudian tidak boleh mengakses i-Akaun mereka melalui laman web myEPF dinasihati melaporkannya kepada Pusat Panggilan KWSP dengan segera di talian 03-8922 6000.

 

Untuk maklumat lanjut cara untuk mendaftar di i-Akaun, sila klik di sini. Sebagai pilihan ahli boleh menghubungi Pusat Panggilan KWSP, menghantar pertanyaan secara online di Enquiry atau melalui Facebook (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan Twitter (KWSPBuzz).

 

(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus Besar
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 4 Mac 2011