Kemaskini terakhir : 10/06/2019 7:10     

KWSP Teruskan Pembayaran Dividen Umur Melebihi 75 Tahun

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin menjelaskan bahawa kenyataan mengenai pembayaran dividen KWSP sehingga usia 75 yang sedang diedarkan semula di media siber tidak lagi terpakai. KWSP boleh memindahkan sebarang simpanan yang tidak dituntut ahli kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut apabila ahli yang telah mencapai umur 100 tahun. Ahli yang mengekalkan simpanan mereka dalam KWSP akan terus menerima dividen sehingga simpanan yang tidak dituntut dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut. Ahli boleh memohon dengan KWSP untuk mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa sebelum pemindahan itu dibuat kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 20 Jun 2016