Kemaskini terakhir : 10/06/2019 10:56     

Pembiayaan KWSP Kepada PFI Teratur

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan bahawa ia telah menyediakan pembiayaan RM21.26 bilion kepada syarikat milik Kerajaan Pembinaan PFI Sdn Bhd yang digunakan sebagai modal untuk pembangunan projek yang dikenal pasti oleh Kerajaan. Pembiayaan ini menepati profail risiko pulangan KWSP dan proses dokumentasi yang menyeluruh telah dijalankan bagi memastikan dasar pelaburan adalah adil dan berpatutan. Semua sumber pembayaran semula adalah daripada pihak Kerajaan dan sehingga kini adalah teratur. KWSP memastikan bahawa semua keputusan pelaburan menepati mandat untuk memelihara simpanan dan kepentingan ahli.

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 11 Julai 2018