Kemaskini terakhir : 12/03/2019 3:08     

Latihan Kebakaran Di KWSP Georgetown

Cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Menara KWSP, Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, Pulau Pinang, akan menjalankan latihan kebakaran pada Selasa, 6 September 2016 dari 9.30 hingga 10.30 pagi.

 

Latihan kebakaran bersepadu ini melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.  Pada tarikh dan waktu ini, ahli KWSP dan orang awam tidak dibenarkan untuk memasuki bangunan.

 

Latihan ini merupakan usaha KWSP yang berterusan untuk memastikan keselamatan untuk penyewa dan penghuni bangunan dan orang awam serta memastikan objektif latihan adalah selaras dengan standard dan prosedur keselamatan yang telah digariskan oleh pihak berkuasa.

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 5 September 2016