Kemaskini terakhir : 09/11/2020 9:20     

KWSP KLANG TUTUP SEHARI PADA 10 NOVEMBER

KUALA LUMPUR, 9 November 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin memaklumkan bahawa salah seorang daripada anggota kami di KWSP Klang telah disahkan positif COVID-19. Beliau kini sedang menjalani rawatan dan berada dalam fasa pemulihan.

Sehubungan itu, KWSP telah menutup pejabat dan kaunter perkhidmatan KWSP Klang untuk satu hari, pada 10 November 2020 bagi proses sanitasi dan disinfeksi. Ahli-ahli yang telah membuat janji temu untuk berurusan di cawangan KWSP Klang pada tarikh tersebut diminta untuk menjadualkan semula melalui saluran Janji Temu Online (www.kwsp.gov.my/janjitemu). Cawangan ini akan dibuka semula kepada ahli-ahli pada 11 November 2020, dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

KWSP juga telah mengambil langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan para anggota dan orang ramai. Anggota KWSP Klang yang dikenal pasti sebagai kontak rapat telah menjalani ujian swab COVID-19, dan kini berada dalam tempoh kuarantin wajib selama 14 hari mengikut garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Anggota-anggota lain yang berkhidmat di cawangan tersebut juga telah diarahkan untuk menjalani ujian swab COVID-19.

KWSP meminta semua ahli, majikan, dan anggota untuk mengamalkan SOP pencegahan COVID-19 pada setiap masa agar penularan wabak ini dapat dibendung.

 

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
8 November 2020
 

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.