Kemaskini terakhir : 12/03/2019 11:56     

Tiada Perubahan Kepada Jenis Pengeluaran

Berikutan beberapa laporan berita yang memetik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong berkenaan cadangan mewujudkan semula kemudahan pengeluaran KWSP untuk membeli komputer, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan setakat ini kami masih belum menerima sebarang cadangan dari pihak kerajaan mengenai perkara tersebut. Oleh itu, tiada penambahan baru diwujudkan selain kemudahan pengeluaran KWSP yang sedia ada.

 

Skim Pengeluaran Pembelian Komputer (SPPK) yang mula diperkenalkan pada tahun 2001, terpaksa diberhentikan setahun kemudiannya pada Ogos 2002 berikutan beberapa kes penyalahgunaan apabila pengeluaran yang dibuat pada masa itu tidak digunakan untuk pembelian komputer.

 

KWSP ingin menegaskan bahawa simpanan KWSP adalah untuk membiayai persaraan ahli, dan kemudahan pengeluaran pra-persaraan diwujudkan untuk keperluan asas seperti membeli rumah, membiayai kos perubatan dan pendidikan.

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 16 Januari 2017