Kemaskini terakhir : 10/06/2019 5:09     

KWSP Tidak Lagi Pegang Saham Dalam FGV

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi jaminan kepada semua ahli bahawa KWSP mengamalkan piawaian tadbir urus korporat yang tinggi dengan dasardasar yang teguh pada kawalan risiko dan Alokasi Aset Strategik kami. Selaras dengan amalan terbaik ini, kami telah memantau prestasi ekuiti Felda Global Ventures (FGV) selama beberapa tahun dan secara beransur-ansur telah menjual pegangan saham kami dalam FGV. Kini, KWSP tidak lagi memegang saham dalam FGV.

 

KWSP mengesahkan bahawa RM6.5 bilion pinjaman oleh FELDA Holdings (Felda) adalah tidak tertunggak dan Felda masih membuat bayaran pinjaman mengikut terma dan syarat yang dipersetujui.

 

Kami menggesa ahli KWSP untuk menyemak sebarang fakta dengan KWSP dan tidak terpengaruh dengan komen yang dibuat dalam media sosial dan saluran dalam talian lain.

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 22 Disember 2016