Kemaskini terakhir : 22/11/2018 1:27     

KWSP Salurkan RM114.56 Billion Kepada Pengurus Portfolio Luaran

KUALA LUMPUR, 17 April 2018: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa sebanyak RM114.56 bilion telah disalurkan kepada pengurus portfolio luaran setakat 31 Disember 2017, meningkat 9.80 peratus berbanding RM104.37 bilion pada 2016.  Jumlah alokasi ini, yang dilaburkan dalam ekuiti dan instrumen pendapatan pelaburan tetap, mewakili 14.50 peratus daripada keseluruhan jumlah pendapatan pelaburan KWSP.

 

Bercakap di Majlis Anugerah Tahunan Pengurus Portfolio Luaran 2018 semalam yang diadakan di Hilton Kuala Lumpur, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Dalam kita menghampiri dana mencecah trillion ringgit, KWSP akan terus menyalurkan sebahagian dana sebagai inisiatif diversifikasi Pelaburan dengan pengurus dana luaran yang berilmu dan berkemahiran. Inisiatif ini juga bertindak sebagai pelengkap kepada pengurusan dana dalaman kami.

 

“Kami akan terus meningkatkan pendedahan dalam pasaran pelaburan kami, terutamanya dalam pelaburan alternatif dan infrastruktur.  Walau bagaimanapun, peningkatan ini akan dilakukan secara berperingkat dan berhemah berikutan pasaran yang tidak menentu dan pertumbuhan yang lemah.”

 

Dengan sejumlah 45 peratus aset pelaburan adalah patuh syariah, KWSP dijangka meningkatkan aset-aset ini sebanyak RM25 bilion setahun secara purata bagi memenuhi permintaan ahli.

 

Tan Sri Samsudin berkata persaingan untuk mendapatkan aset Islamik yang berkualiti tidak terhad kepada pelabur dalam dunia Islam sahaja, malah terbuka kepada dana persaraan Barat juga berikutan tarikan aset Islamik sebagai sumber pembiayaan alternatif dan beretika.

 

“KWSP memerlukan lebih banyak aset Islamik yang berkualiti dan kami mengalu-alukan pengurus dana luaran untuk bersama-sama kami dalam komitmen untuk mengembangkan mandat syariah kami,” tambah beliau.

 

Majlis Anugerah Tahunan Pengurus Portfolio Luaran 2018 menyaksikan 14 anugerah disampaikan kepada pengurus portfolio luaran yang cemerlang.  Objektif anugerah tahunan ini adalah sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlang pengurus portfolio luaran dalam mengurus portfolio pelaburan KWSP.

 

“KWSP meletakkan standard yang tinggi ke atas prestasi dan ingin menyampaikan penghargaan kepada semua pengurus dana ke atas prestasi mereka yang cemerlang tahun lepas yang telah menyumbang kepada kejayaan KWSP dan seterusnya, kepada kesejahteraan ahli kami,” kata Tan Sri Samsudin.

 

Senarai pemenang untuk 2017 adalah seperti dalam Lampiran 1.

 

LAMPIRAN 1

SENARAI PEMENANG ANUGERAH TAHUNAN PENGURUS PORTFOLIO LUARAN KWSP UNTUK 2017

 

NO.

ANUGERAH

PEMENANG

1.

Best 3-Year ROI Domestic Fixed Income Portfolio Manager Year 2017

Libra Invest Berhad

2.

Best 3-Year ROI Domestic Sukuk Portfolio Manager Year 2017

Nomura Islamic Asset Management Sdn. Bhd.

3.

Best 3-Year ROI Global Bond Portfolio Manager Year 2017

Goldman Sachs (Malaysia) Sdn. Bhd.

4.

Best 3-Year ROI Global Sukuk Portfolio Manager Year 2017

BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn. Bhd.

5.

Best 3-Year ROI International Equity Portfolio Manager 2017 For MSCI Ethical Asia ex-Japan ex-Malaysia Mandate

Goldman Sachs (Malaysia) Sdn. Bhd.

6.

Best 3-Year ROI International Equity Portfolio Manager 2017 For FTSE Ethical World Developed Mandate

BNP Paribas Asset Management Malaysia Sdn. Bhd.

7.

Best 3-Year ROI International Equity Portfolio Manager Year 2017 For FTSE Shariah World Developed Mandate

Nomura Islamic Asset Management Sdn. Bhd.

8.

Best Domestic Fixed Income Portfolio Manager Year 2017

Libra Invest Berhad

9.

Best Domestic Sukuk Portfolio Manager Year 2017

Nomura Islamic Asset Management Sdn. Bhd.

10.

Best Global Bond Portfolio Manager Year 2017

Affin Hwang Asset Management Berhad

11.

Best Global Sukuk Portfolio Manager Year 2017

BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn. Bhd.

12.

Best International Equity Portfolio Manager 2017 For MSCI Ethical Asia ex-Japan ex-Malaysia Mandate

Goldman Sachs (Malaysia) Sdn. Bhd.

13.

Best International Equity Portfolio Manager 2017 For FTSE Ethical World Developed Mandate

BNP Paribas Asset Management Malaysia Sdn. Bhd.

14.

Best International Equity Portfolio Manager 2017 For FTSE Shariah World Developed Mandate

BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn. Bhd.