Kemaskini terakhir : 04/04/2019 5:13     

KWSP Salurkan RM117.56 Bilion Kepada Pengurus Portfolio Luaran

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2019: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa sebanyak RM117.56 bilion telah disalurkan kepada pengurus portfolio luaran setakat 31 Disember 2018, meningkat 2.62 peratus berbanding RM114.56 bilion pada 2017. Jumlah alokasi ini, yang dilaburkan ke dalam ekuiti dan instrumen pendapatan pelaburan tetap, mewakili 14.10 peratus daripada keseluruhan aset pelaburan KWSP.

 

Semasa sesi ucaptama beliau di Majlis Anugerah Tahunan Pengurus Portfolio Luaran 2019 semalam yang diadakan di W Hotel Kuala Lumpur, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Selaras dengan saiz dana KWSP yang semakin berkembang, kami akan terus menyalurkan sebahagian daripada dana kami sebagai antara inisiatif diversifikasi selain menguruskan prestasi aset kami dengan lebih baik.”

 

Bermula tahun ini, sebuah jabatan baharu di KWSP, iaitu Jabatan Pengurusan Pengurus Dana Luar, akan menyelaraskan pengurusan dana luaran yang meliputi kelas aset ekuiti dan instrumen pendapatan tetap selain berpeluang menyelami ilmu, kemahiran dan pengalaman pengurus dana luaran sebagai langkah yang boleh memberikan pulangan yang mampan dan nilai tambah dalam jangka panjang.   

                                                                           

Tan Sri Samsudin berkata penstrukturan tersebut boleh memberikan kejelasan terhadap aktiviti pengurusan dana luaran KWSP sekaligus menjadikan proses pemantauan prestasi, komunikasi dan pelaksanaan strategi pelaburan KWSP lebih berkesan, selaras dengan prinsip pelaburan utama KWSP untuk menjana risiko-pulangan terlaras untuk jangka panjang.

 

Majlis Anugerah Tahunan Pengurus Portfolio Luaran 2019 menyaksikan penyampaian 20 anugerah kepada pengurus portfolio luaran yang berprestasi tinggi. Objektif penganugerahan tahunan ini adalah untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang pengurus portfolio luaran dalam menguruskan portfolio pelaburan KWSP.

 

“KWSP menetapkan piawaian yang tinggi ke atas prestasi dana, dan kami ingin menyampaikan setinggi penghargaan kepada semua pengurus dana yang telah berusaha dalam meyumbang kepada prestasi cemerlang KWSP tahun lepas dan selanjutnya, kepada kesejahteraan jutaan ahli kami,” kata Tan Sri Samsudin.

 

Senarai pemenang untuk 2018 adalah seperti di Lampiran 1.

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan dana persaraan terulung Malaysia yang ditubuhkan untuk membantu ahli mencapai simpanan yang cukup untuk persaraan yang selesa.  Ini selaras dengan visi KWSP untuk membantu ahli mencapai masa depan yang baik serta misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. KWSP telah berkembang daripada sebuah organisasi berpaksikan transaksi kepada sebuah organisasi pengurusan dana professional dengan tumpuan terhadap jaminan persaraan. KWSP berpandukan rangka kerja tadbir urus yang mantap dan profesional dalam membuat keputusan pelaburan. Ia terus memainkan peranan sebagai pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi negara dan bertujuan untuk memupuk budaya menabung dan melabur di kalangan ahli untuk meningkatkan tahap celik kewangan di peringkat negara.

 

LAMPIRAN 1 

 

SENARAI PEMENANG ANUGERAH TAHUNAN PENGURUS PORTFOLIO LUARAN KWSP 2019

 

NO.

ANUGERAH

PEMENANG

1.

Best 3-Year ROI Domestic Equity Fund Manager (Conventional) 2018

Aberdeen Standard Investments (Malaysia) Sdn. Bhd.

2.

Best 3-Year ROI Domestic Equity Fund Manager (Shariah) 2018

AIIMAN Asset Management Sdn. Bhd.

3.

Best Domestic Equity Fund Manager (Conventional) 2018

Nomura Asset Management Malaysia Sdn. Bhd.

4.

Best Domestic Equity Fund Manager (Shariah) 2018

AIIMAN Asset Management Sdn. Bhd.

5.

Best 3-Year ROI International Equity Fund Manager for MSCI Ethical Asia (ex Japan ex Malaysia) 2018

Nomura Asset Management Malaysia Sdn. Bhd.

6.

Best 3-Year ROI International Equity Fund Manager for MSCI Asia Shariah (ex Japan ex Malaysia) 2018

Nomura Islamic Asset Management Malaysia Sdn. Bhd.

7.

Best 3-Year ROI International Equity Fund Manager for FTSE Ethical World Developed 2018

BNP Paribas Asset Management Malaysia Sdn. Bhd.

8.

Best 3-Year ROI International Equity Fund Manager for FTSE Shariah World Developed 2018

Nomura Islamic Asset Management Malaysia Sdn. Bhd.

9.

Best International Equity Fund Manager for MSCI Ethical Asia (ex Japan ex Malaysia) 2018

BNP Paribas Asset Management Malaysia Sdn. Bhd.

10.

Best International Equity Fund Manager for MSCI Asia Shariah (ex Japan ex Malaysia) 2018

Nomura Islamic Asset Management Malaysia Sdn. Bhd.

11.

Best International Equity Fund Manager for FTSE Ethical World Developed 2018

BNP Paribas Asset Management Malaysia Sdn. Bhd.

12.

Best International Equity Fund Manager for FTSE Shariah World Developed 2018

BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn. Bhd.

13.

Best 3-Year ROI Domestic Fixed Income Fund Manager 2018

Libra Invest Berhad

14.

Best 3-Year ROI Domestic Sukuk Fund Manager 2018

BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn. Bhd.

15.

Best 3-Year ROI Global Bond Fund Manager 2018

CIMB-Principal Asset Management Berhad

16.

Best 3-Year ROI Global Sukuk Fund Manager 2018

BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn. Bhd.

17.

Best Domestic Fixed Income Fund Manager 2018

AmFunds Management Berhad

18.

Best Domestic Sukuk Fund Manager 2018

BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn. Bhd.

19.

Best Global Bond Fund Manager 2018

Affin Hwang Asset Management Berhad

20.

Best Global Sukuk Fund Manager 2018

Franklin Templeton GSC Asset Management Sdn. Bhd.