Kemaskini terakhir : 12/12/2020 3:36     

PERKHIDMATAN KIOS KWSP JOHOR BAHRU DIBUKA SEMULA KEPADA AHLI

KUALA LUMPUR, 12 Disember 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan kios di bangunan pejabat KWSP Johor Bahru akan dibuka semula mulai Isnin, 14 Disember 2020, sementara cawangan KWSP Johor Bahru masih ditutup sehingga dimaklumkan kelak.

Ahli boleh menggunakan kios untuk urusan pengaktifan Kod Pengesahan Transaksi (Transaction Authorisation Code atau TAC), pendaftaran ahli, pendaftaran i-Akaun, mencetak penyata serta menyemak/mengemas kini profil. Ahli yang telah berdaftar dengan i-Akaun juga boleh membuat transaksi secara dalam talian untuk perkhidmatan tertentu.

Ahli KWSP di Johor juga boleh berurusan di cawangan-cawangan lain seperti Batu Pahat, Kluang, Kulai, Mersing, Muar dan Segamat, serta menggunakan mana-mana kios pihak ketiga di sekitar negeri tersebut. Ahli boleh mendapatkan maklumat mengenai cawangan, kios, ataupun kios pihak ketiga yang terdekat melalui laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks.

KWSP sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan setiap pelawat dan anggota dalam memastikan semua cawangan terus mematuhi SOP untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Untuk penjelasan lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau rujuk kepada laman web KWSP.

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
12 Disember 2020

 

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.