Kemaskini terakhir : 10/06/2019 11:21     

Pinjaman RM1.2 Bilion KWSP Melindungi Daripada Risiko Pertukaran Matawang Asing

Berikutan dakwaan pinjaman RM12 bilion yang dibuat oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari dua peminjam iaitu Standard Chartered dan DBS, yang kini tersebar luas melalui WhatsApp, pihak KWSP ingin menjelaskan bahawa tujuan pinjaman tersebut adalah untuk pembayaran semula aset kami di United Kingdom bagi membantu melindungi kami dari ketidaktentuan pertukaran matawang asing.

 

Pinjaman luar pesisir mengurangkan pendedahan matawang asing terhadap pelaburan hartanah global dan menjadi sebahagian dari amalan terbaik pelaburan. Pelaksanaan urus janji ini adalah melalui subsidiari kami Kwasa Global dan masih dalam rundingan. Walau bagaimanapun, jumlah sebenar pinjaman adalah RM1.28 bilion dan bukan RM12 bilion sepertimana yang tertera dalam mesej WhatsApp.

 

Semua keputusan pelaburan yang dibuat oleh KWSP adalah berdasarkan profail pulangan risiko kami bagi memastikan simpanan persaraan ahli adalah selamat dan diurus dengan baik.

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Tarikh: 20 Oktober 2016