Kemaskini terakhir : 13/10/2020 7:08     

PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN DI NEGERI SABAH BERIKUTAN PELAKSANAAN PKPB

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara pejabat dan kaunter di seluruh negeri Sabah mulai Selasa 13 Oktober 2020 hingga dimaklumkan kelak, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri tersebut.

Senarai pejabat dan kaunter yang terkesan boleh dirujuk di bahagian Lampiran.

Sehubungan itu:

  • Semua permohonan Janji Temu Online (JTO) ke semua pejabat dan kaunter KWSP di seluruh negeri Sabah akan dibatalkan serta merta.
  • Ahli yang telah membuat janji temu di semua pejabat KWSP di negeri Sabah yang dijadualkan dalam tempoh PKPB perlu membuat semula janji temu mereka setelah perintah kawalan tamat.
  • Ahli dan majikan masih boleh menggunakan perkhidmatan atas talian KWSP, iaitu i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan), yang beroperasi seperti biasa.
  • Pembayaran caruman masih boleh dibuat melalui perbankan internet atau ejen bank berdaftar di kaunter.
  • Ahli dan majikan disarankan untuk mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi KWSP sahaja.
  • Untuk penjelasan lebih lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.


Pada masa yang mencabar ini, KWSP komited untuk terus memberi perkhidmatan kepada ahli di cawangan atau saluran digital. Kesihatan dan keselamatan ahli serta anggota KWSP tetap menjadi keutamaan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
8 Oktober 2020

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.



LAMPIRAN: SENARAI PEJABAT KWSP YANG TERLETAK DI NEGERI SABAH

 

No.

Lokasi Pejabat KWSP

Alamat

1

Beaufort

Tingkat GF & FF
Unit No. A-005, Blok A
Beaufort Square Avenue 2
Jalan Binunuk
89800 Beaufort, Sabah

2

Keningau

Beg Berkunci 20,Jalan Masak,89009 Keningau, Sabah

3

Kota Kinabalu

Blok A, Bangunan KWSP,Beg Berkunci 2019, 88598 Kota Kinabalu, Sabah

4

Kota Marudu

Lot No. 2,Taman WTK Fasa II,Jalan Tandek,89100 Kota Marudu, Sabah

5

Kudat

Tingkat Bawah & Tingkat 1,Lot 1, Blok G,Jalan Mawar, Pekan Tomborungus, 89058 Kudat, Sabah

6

Lahad Datu

Bangunan KWSP, MDLD 3330,Lot 65, Fajar Centre, Jalan Segama,Peti Surat 61828,91126 Lahad Datu, Sabah

7

Sandakan

Lot 3A & 5, Midtown Plaza,Beg Berkunci 36,Jalan Lintas Utara,90000 Sandakan, Sabah

8

Tawau

Tingkat Bawah & 1, TB- 308, Blok 35, Kompleks Fajar, Jalan Perbandaran, 91000 Tawau, Sabah