Kemaskini terakhir : 21/10/2020 3:13     

PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN DI NEGERI SELANGOR, KUALA LUMPUR, DAN LABUAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PKPB

KUALA LUMPUR, 21 Oktober 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara pejabat dan kaunter di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, mulai Khamis, 22 Oktober 2020 hingga dimaklumkan kelak, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan arahan terkini untuk bekerja dari rumah di negeri-negeri berkenaan.

Sehubungan itu:

  • Semua permohonan Janji Temu Online (JTO) ke semua pejabat dan kaunter KWSP di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Labuan akan dibatalkan serta merta.
     
  • Ahli yang telah membuat janji temu di semua pejabat di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Labuan yang dijadualkan dalam tempoh PKPB perlu membuat semula janji temu mereka setelah perintah kawalan tamat.
     
  • Ahli dan majikan masih boleh menggunakan perkhidmatan atas talian KWSP, iaitu i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan), yang beroperasi seperti biasa.
     
  • Pembayaran caruman masih boleh dibuat melalui perbankan internet, kaunter ejen bank berdaftar dan melalui portal i-Akaun (Majikan) dalam laman sesawang KWSP.
     
  • Ahli dan majikan disarankan untuk mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi KWSP sahaja.
     
  • Untuk penjelasan lebih lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

KWSP sedang mengambil pendekatan berjaga-jaga berikutan peningkatan kes COVID-19 di negeri-negeri ini dan di seluruh negara secara amnya. Walaupun kami kesali kesan yang mungkin timbul daripada penutupan ini, kesihatan dan keselamatan ahli serta majikan yang hadir di pejabat dan kaunter KWSP setiap hari daripada pelbagai lokasi tetap menjadi  keutamaan.


Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
21 Oktober 2020

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.


LAMPIRAN: SENARAI PEJABAT KWSP YANG TERLETAK DI NEGERI SELANGOR, KUALA LUMPUR, DAN LABUAN

Selangor

Gombak

Lot 5, Sunway Batu Caves,

68100 Batu Caves, Selangor

Kajang

No. 1, Jalan Hentian 3,

Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko,

43000 Kajang, Selangor

Klang

Tingkat Bawah & 1,

Unit B-G-1, North Tower (Tower B),

BBT One The Towers,

Lebuh Batu Nilam 1,

Bandar Bukit Tinggi,

41200 Klang, Selangor

Kuala Selangor

Tingkat GF & 1,

No. 1, Jalan Medan Niaga 6,

Medan Niaga,

45000 Kuala Selangor, Selangor

Petaling Jaya

Lot A, Ground Level,

Menara PJX-HM Shah Tower,

No. 16 A,

Persiaran Barat,

46050 Petaling Jaya, Selangor

Puchong

No.19, Jalan Bandar Lapan Belas,

Pusat Bandar Puchong,

47160 Puchong, Selangor

Rawang

No. 3S-10-G & 3S-10-1,

Rawang One, Jalan Pintas Rawang,

48000 Rawang, Selangor

Shah Alam

Tingkat G, 1 & 2,

Corporate Tower IDCC Shah Alam,

Jalan Pahat L 15/L,

40200 Shah Alam, Selangor

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Jalan Raja Chulan

Tingkat Bawah, Mezzanine & 1,

No. 3, Bangunan KWSP,

Changkat Raja Chulan,

50200 Off Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur

Kepong

No. 1 & 3,

Jalan Laman Rimbunan Raya 1,

Laman Rimbunan,

52100 Kepong, Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

Tingkat Bawah,

Bangunan KWSP,

Jalan Raja Laut,

50350 Kuala Lumpur

Seri Petaling

No. 2, Jalan Radin Bagus 6,

57000 Bandar Baru Seri Petaling,

Kuala Lumpur

Wangsa Maju

No. 32A, Dataran Wangsa,

Wangsa Melawati,

53300 Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan Labuan

Labuan

Ground Floor, Lot E004,

Financial Park, Jalan Merdeka

87000 Wilayah Persekutuan Labuan